Language

Friday, July 27, 2012

Syukur Alhamduillah

Seperti biasa setiap akhir bulan, cu akan membuka kiosk di MAB. Setiap kali sebelum membuka kiosk, cu akan melaksana solat dhuha memohon kepada Allah memurahkan rezeki cu pada hari ini . Sesungguhnya Allah yang menentukan rezeki hamba-hambanya setiap hari. Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanya. amin.

Pada kali ini cu menjual tikar evamatic pulak selain dari barang jualan biasa cu iaitu barut dan bedung bayi, tungku bayi, pakaian kanak-kanak, balsam dan tampal kaki toksin. Alhamduillah ramai yang order tikar evamatic yang kalis air dan sesuai untuk kegunaan di rumah.

Terdapat banyak corak tikar ini. Kalau sesiapa yang nak tengok corak yang ada, sila ke cu-sheqa.blogspot.com atau ke facebook cusheqa. Harganya cuma RM55 aje, kalau beli 2 tikar cu beri rm 100 (diskaun rm 10).

Kali ini cu pilih tempat jualan paling depan sekali memandangkan tempat biasa, ada jualan ayam golek. Suami kata nanti barang jualan berbau asap.

Alhamduillah rezeki pada hari ini lebih sikit dari biasa. Mungkin sebab orang tengah sibuk membeli-belah untuk Hari Raya. Gaun budak dan tikar yang paling laris. Balsam dan tampal kaki toksin pun habis dijual. Terima kasih Allah.

Bila balik aje dari jualan, anak-anak mesti tanya macam mana jualan hari ini. Mereka pun tahu ibunya cari duit dengan berniaga setelah bersara pilihan awal tahun ini. Bagi cu rezeki Allah yang beri .Insyallah ada rezeki untuk anak-anak walaupun tidak bekerja lagi. Lagipun hati cu rasa tenang sejak bersara ini. Alhamduillah. Amin  

  
   

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Datang Lagi

Alhamduillah hari ini merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa.Semalam bermulalah solat sunat Tarawih. Cu dan keluarga bersolat di Masjid Bandar Kinrara. Seperti biasa pada hari pertama solat Tarawih, ramai umat islam memenuhi ruang masjid. Selepas solat Isyak, ada tazkirah, alhamduillah dapat menambah ilmu agama.

Banyak program ilmu di TV9 seperti Tanyalah Ustaz secara langsung dari Masjid Shah Alam. Jom sempena bulan yang mulia ini, kita banyakkan amal ibadat seperti menghadiri majlis ilmu, banyak solat sunat di malam hari, bersedekah dan mengaji Al-Quran. dan juga banyakkan berdoa meminta keampunan dari Allah.  Mungkinlah bulan Ramadan ini merupakan Ramadan yang terakhir. Sesungguhnya ajal kita hanya Allah yang tahu.



Sunday, June 24, 2012

Menghantar Anak Lagi

Pada 2 minggu lepas cu menghantar anak lelaki cu belajar di UTHM. Minggu ini pulak cu menghantar anak perempuan cu ke UIAM Kuantan pulak. Ini merupakan semesternya yang terakhir.Insyallah pada bulan Oktober ini dia akan mendapat segulung ijazah. Tak lama lagi insyallah akan mula bekerja, kurang satu beban tanggungan untuk cu.

Pada kali ini suami suruh book Hotel Zenith. Oleh kerana dah jadi pesara, cu pun mendapat harga bilik hotel murah dengan menggunakan kad pesara, alhamduillah. Sekarang kena biasa bayar dengan secara tunai.

Pada kali ini anak-anak yang ikut sama cuma 2 orang. Kami memang bercadang  untuk berehat aje di Hotel, malas nak berjalan-jalan di Bandar Kuantan. Lagipun Hotel Zenith berdekatan dengan East Coast Mall.  Kedai makan pun berdekatan cuma perlu berjalan kaki aje.


Cu bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi tetapi cu singgah di Bank Simpanan di bangunan PKNS, Shah Alam. Suami nak ambil duit pencen emaknya. Lepas tu terus hantar duit tersebut ke Petaling Jaya. Cu bertolak ke Kuantan dalm pukul 12.00 lebih.

Seperti biasa cu akan singgah di Petronas berdekatan UIAM Gombak untuk mengisi minyak dan anak-anak akan minta tuna sandwich Dunkin Donut sebagai bekalan. Cu cek in Hotel Zenith pada pukul 2.45 petang. Selepas masuk bilik, masing-msing dah rasa lapar, apa lagi cu dan keluarga berjalan kaki ke restoran berdekatan East Coast Mall.

Kemudian balik ke Hotel dan berehat. Anak-anak sibuk pulak nak mandi di kolam renang. Mereka semua dah besar dan boleh pergi sendiri mandi di kolam renang tanpa pengawasan.
   
Cu dan suami berehat di bilik aje dan pada pukul 6.00 petang baru turun ke kolam renang. Di tingkat 4 Hotel Zenith  ada Gym, Spa, Snooker dan kolam renang. cu apa lagi nak ke spa aje rehatkan minda dan badan. Memang best kai ini pergi ke Kuantan sebab cu dan suami berehat dari kerja rumah dan kerja pejabat.

Keesokan hari nya anak-anak pergi mandi di kolam renang lagi sementara cu pergi ke spa di East Coast Mall, urut kaki. Pada pukul 12.00, cu cek out dan makan tengahhari di restoran lain. Sebelum balik cu menghantar anak ke UIA. Ini merupakan semester terakhir anak cu di UIA Kuantan. Selepas ini cu jarang ke Kuantanlah kecuali untuk cuti-cuti Malaysia.      

Sunday, June 3, 2012

Univesiti Tun Hussein Onn


Pada 2 Jun 2012, cu sekeluarga pergi menghantar anak cu yang kelima ke Universiti Tun Hussein Onn di Parit Raja Johor. Untuk menjimatkan belanja, cu dan suami plan untuk membawa bekalan makanan tengah hari dan malam. Apa lagi kenalah bangun pagi-pagi untuk masak sarapan dan bekalan makanan. Memang selalu cu akan masak bekalan bila nak pergi bercuti. Maklumlahlah kami 8 orang semuanya. Kalau makan tengah hari mahulah RM 70 lebih.

Cu masak ayam masak susu, telor goreng, ikan goreng dan sayur timun. Cukuplah untuk satu hari. Anak-anak pun seronok macam pergi berkelah.



Cu bermalam di Hotel D'Impian Inn di Parit Raja, berdekatan dengan UTHM dalam15 minit perjalanan. Nasib baik masih ada bilik lagi semasa cu membuat tempahan. Bilik yang ada cuba Family Standard yang berharga RM 115 yang terdapat satu bilik,satu ruang tamu dan satu bilik air. Seperti biasa anak-anak kenalah tidur kat ruang tamu.


    
Anak cu yang ketiga memandu kereta sementara cu dan suami duduk di belakang. Adoi macam tuan dan puan pulak. Cu sampai di Parit Raja pada pukul 2.00 lebih ( keluar Tol Ayer Hitam). Suami bercadang kami terus ke Hotel aje dan makan tengahari di sana aje.


Hotel tersebut berdekatan dengan jalan besar ke Batu Pahat. Lokasi hotel berdekatan dengan KFC dan Maybank. Anak-anak bukan main suka, boleh jalan kaki ke KFC. Di depan hotel pulak ada Kedai Ais Blended, lagilah suka anak-anak. Banyak gerai-gerai dan restoran berdekatan dengan hotel, boleh berjalan kaki aje.


Pada sebelah petang cu dan anak keluar berjalan-jalan di kedai berdekatan dengan hotel. Kami makan cendol dan beli buah mangga. Murah juga jualan makanan di sini.  Parit Raja pun terkenal dengan jualan kerepek.  Cu bercadang nak ajak suami beli kerepek di bazaar kerepek.

Dalam pukul 6.00 petang cu sekeluarga berjalan ke UTHM (menengok tempat untuk pendaftaran anak pada esok paginya) dan ke Batu Pahat. Masa perjalanan dari Parit Raja ke Batu Pahat dalam setengah jam. Suami ajak singgah di Stesen Bas Batu Pahat untuk mengetahui bas express ke Kuala Lumpur.Banyak juga bas ke Kuala Lumpur iaitu Transional, JKKK dan lain-lain. Memang biasa bagi cu dan suami, bila tiba di tempat baru  kami  akan survey keadaan di sana.



Apabila sampai di hotel, anak-anak dah minta ice blended, apa lagi layan ajelah. Selepas makan malam, anak-anak keluar beli KFC pulak. Maklumlah anak-anak sedang membesar.

Kesesokan paginya, kami menghantar anak ke UTHM untuk pendaftaran. Masa pendaftaran sekejap aje dalam masa 1 jam. Cu siap beli bantal kekabu di gerai jualan UTHM. Tibalah masa untuk menghantar barang ke asrama. Semasa menunggu anak mengambil kunci bilik, cu jumpa dengan rakan TM. Rupanya dia pun menghantar anaknya sama. Bilik anak di tingkat 3, jenuh juga mengangkat barang.

Kami balik ke hotel kembali untuk cek-out. Sempat juga cu beli kerepek. Penjual kerepek itu orang Ipoh dan bersekolah di sekolah suami di Ipoh. Apalagi rancahlah pulak berbual sang suami dengan penjual kerepek.

Seperti biasa ibu mana yang tak bersedih apabila berjauhan dengan anak. Berlinang lagi air mata. 

             

Sunday, May 27, 2012

Baling, Kedah

Dah lama tak kemaskini blog ini, maklumlah sibuk dengan urusan anak-anak dan perniagaan cu.

Pada Jumaat lepas cu, suami dan anak sulung mengikut tunang anak ke Baling. Cu hendak cari tempat penginapan dan berkenalan dengan lebih dekat keluarga bakal bisan semasa majlis kenduri anak di Baling nanti.  Kami bertolak selepas solat Isyak dan bermalam di rumah kakak cu di Ipoh memandangkan anak kakak cu tinggal seorang aje. Kakak cu sekelurga ke KL menghantar anaknya ke Kolej.

Kami bertolak ke Baling pada pukul 9.30 pagi selepas bersarapan nasi lemak. Perjalanan ke Baling mengambil masa 2.30 jam. Kami keluar dari tol Kuala Kangsar menuju ke Grik dan Pengkalan Hulu. Terdapat R&R Tasik Raban, Resort Tasik Raban dan Restoran Ikan Bakar terkenal.


Rumah bakal bisan  di Kampung Bukit Ibok, tak payah masuk bandar Baling pun.Tapi kami terus ke bandar Baling kerana nak tengok tempat penginapan dulu iaitu Seri Baling Inn. Tempat penginapan ini atas bukit dan di kelilingi oleh pokok-pokok hijau. Kawasannya pun lapang dan sesuai untuk penginapan keluargan. Harga sebuah bilik pun berpatutan dari RM 100 - RM 200. Kalau nak buat 'family gathering' pun sesuai kerana terdapat padang dan restoran di Baling Inn ini boleh sediakan makanan.      



Kami juga tengok lagi satu hotel iaitu Seri Bayu Hotel berdekatan dengan bandar Baling. Hotel ini memang cantik dan selesa.

 
Cu makan tengahari  dan tidur semalam di rumah bakal bisan. Suasana di rumah tersebut sejuk kerana di keliling oleh pokok-pokok buah dan ulam-ulam. Memang seronok duduk kampung.

Pada waktu petang kami ke Baling Inn untuk booking bilik bagi bulan Disember ini. Kemudian jalan-jalan dan makan malam di bandar Baling (orang sini panggil pekan Baling bukan bandar). Cu sempat juga beli 2 jeans dan baju tshirt untuk anak-anak cu. Harga pakaian di sini murah sebab pakaian ini dari Thailand. Baling ini dah berdekatan dengan Betung, Thailand. Harga sehelai jean baru RM 19.90 dan baju tshirt berharga dalam RM12.90 - RM 20.00

Cu balik ke KL dengan menaiki bas Transional Baling - KL pada pukul 9.00 pagi. Seronoknya naik bas setelah sekian lama.      

Saturday, May 12, 2012

Hari Ibu

Pagi-pagi  lagi anak yang sulung (tengah berkursus di Melaka) mengucapkan Hari Ibu. Memandangkan dia seorang yang telah bekerja,seperti biasa dia nak belanja. Cu suruh dia simpan duit aje untuk majlis perkahwinannya.

Setiap anak yang masih mempunyai ibu akan menyambutkannya bersama ibu masing-masing. Ibu cu telah kembali ke rahmahtulallah pada 21 April 2000, hanya doa dan bacaan Al-Quran yang dapat cu hadiahkan untuknya.

Ibu cu adalah seorang ibu yang penyayang dan tegas orangnya. Walaupun tidak berpendidikan tinggi, ibu cu lah yang mengajar cu mengaji Al-Quran sehingga darjah 2. Lepas itu cu mengaji di Surau Rapat Setia bersama-sama anak-anak jiran.

Ibu cu seorang yang pandai memasak dan seorang yang pandai menjahit baju. Dia tidak mengambil tempahan menjahit baju tetapi hanya menjahit baju melayu untuk bapa dan baju kurung untuk anak-anak perempuannya. Kakak cu yang sulung mengikut jejak ibu cu, pandai menjahit baju. Selain dari itu, ibu cu juga pandai membuat tudung saji, tilam dan tekan benang emas yang merupakan kraf seni tekat Negeri Perak. Boleh dikatakan ibu cu seorang wanita yang serba boleh.

 Malah dia tahu masakan kegemaran setiap anak-anaknya. Cu 7 beradik memang suka makan lidah lembu masak panggang dengan santan dicicah dengan sos kicap tomato bersama bawang dan cabai. Masih ingat lagi, ibu cu akan mengajak bapa selepas solat subuh ke pasar untuk membeli lidah lembu apabilatahu anak-anaknya akan balik. Memang cu dan adik beradik malah cucu-cucunya amat rindu masakannya.

Cu belajar banyak masakan tradisional daripada ibu cu cuma cu tak sempat nak belajar memasak rendang tok dan bengkak jagung. Masakan bengkak jagung ibu cu memang sedap.

Sekarang telah genap 12 tahun ibu cu tiada di sisi cu 7 beradik. Kami rindu dan selalu teringat ibu terutama sekali bila masa Hari Raya. Kadang-kadang lepas solat atau semasa mengaji, cu menangis bila terkenang ibu.

Teringat semasa ibu cu menghembuskan nafas yang terakhir,cu berada di Kuala Terengganu. Alhamduillah Allah melapangkan perjalanan cu balik ke Ipoh. Syukur sangat-sangat cu dapat memandikan dan  melaksanakan pengebumian ibu cu. Semoga ibu cu di tempatkan di dalam golongan hamba Allah yang solehah. Amin.                    

Thursday, May 10, 2012

Hari Lahir

Hari ini merupakan hari lahir cu. Oleh kerana tahu pada pukul 12.00 malam akan ada sms masuk, cu pun silent telepon bimbit. Cu baru nak terlena telepon berbunyi (silent tapi telinga cu masih boleh dengar haha), anak cu di Kuantan telepon mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Anak-anak cu yang lagi 5 ada di rumah. Dalam pukul 2.00 pagi telah ada 2 sms iaitu dari anak saudara dan kakak kesayangan cu.

Pada pukul 5.00 pagi hubby pulak   mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Ucapan yang ini mestilah special. Cu dah pesan pada anak-anak jangan beli hadiah beg tangan dan barang perhiasan untuk hadiah hari lahir sebab dah banyak. Oleh kerana mereka tahu maknya suka membaca, mereka membeli sebuah buku bertajuk 'Kembara Tetamu Allah'. Seronok cu terima buku tersebut.



Anak yang bongsu  mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' sebelum ke sekolah. Ucapan yang paling bermakna dari  anak lelaki cu sebab dia siap bersalam dengan cu. Terharu pun ada. Anak-anak lain mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' melalui facebook siap dengan lagu.

Ramai kawan-kawan cu wish cu melalui facebook dan sms. Terima kasih semua kawan-kawan cu yang sentiasa mengingati cu.

Hari ini cu masak nasi ayam untuk makan tengahari dan puding koktail untuk minum petang. Pada malam nanti anak cu yang sulung nak belanja makan di Restoran Beriani Gam Johor berdekatan dengan rumah. Anak sulung cu ini memang suka belanja kami sekeluarga semoga Allah sentiasa memperluaskan rezeki nya.

Cu mendapat hadiah cokelat yang bertulis 'Happy Birthday Mom'  dari anak sulung dan baju sutera kraftan pendek dari hubby yang boleh dipakai dengan seluar atau kain. Memang cantik baju tersebut. Hubby cu ini memang pandai beli kain dan baju yang cantik untuk isteri dan anak-anaknya. Terima kasih suamiku.

Cu bersyukur kepada Allah di atas semua nikmat yang telah diberi kepada cu dan keluarga. Walaupun sudah tidak bekerja lagi tetapi rezeki dari Allah sentiasa ada. Malah hati lebih tenang sekarang. Terima kasih Allah. Ya Allah hamba mu ini memohon untuk menjadi seorang hambamu yang solehah, seorang yang isteri yang solehah dan seorang ibu yang solehah. Sihatlah tubuh badan hambamu ini. Amin


Wednesday, May 9, 2012

Hotel Residence Uniten

Pada hari ini cu ada lunch date dengan kawan-kawan karib. Kali ini cu lunch date dengan 2 orang aje, lagi 2 orang tak dapat datang. Oleh kerana main topic nya nak berbual panjang sambil makan, kami mengambil keputusan untuk makan di Hotel Residence Uniten. Restoran Hotel Residence memang terkenal dengan masakan yang sedap secara buffer. Harga sekepala buffer makan tengahari adalah Rm 40++.

Cu bawa anak cu bersama yang belajar di Uniten makan bersama. Maklumlah tengah minggu peperiksaan, sekurang-kurangnya dapat anak cu relax dari belajar sekejap. Lagipun dia suka mendengar cerita-cerita kami.
Cu dan kawan-kawan berbual mengenai haji dan umrah. Seorang kawan cu baru balik dari umrah dan seorang lagi akan pergi pertengahan bulan ini. Masing-masing rasa seronok di tanah suci.

Kak S nampak ceria sejak duduk rumah (menghabiskan cuti sebelum bersara wajib) dan asik memasak aje di rumah. Begitu juga cu, kerja rumah memang tak habis-habis. Kadang-kadang nak update blog pun kena buat pada waktu malam.

Waktu buffer tersebut habis pada pukul 2.30 petang. Kami pun pergi ke tingkat 2 untuk solat dan sambung berbual-bual lagi sampailah pada pukul 4.00 lebih. Kak S sekarang dah buka business kain. Seronok bila bercakap pasal business dengan Kak S dan Kak Z. Insyallah cu akan memanbah stok kain ela yang betrkualiti di dalam blog dan facebook tidak lama lagi.  

Kami plan untuk berjumpa lagi dalam bulan Jun bersama 2 orang lagi.  

Sunday, May 6, 2012

Sedih


Tiba-tiba cu merasa sedih bila menunaikan solat fardhu 5 waktu hari ini. Bila sujud teringat Masjid Nabawi dan Masjidilharam. Rindunya. Ketika solat boleh menangis dan hati rasa sayu seolah-olah kaabah berada di depan mata. Cu terus berdoa agar Allah  memperkenankan doa cu yang ingin menunaikan umrah hujung tahun  depan bersama suami. Memang tiap-tiap waktu solat, doa tersebut yang selalu cu minta dari Allah.

Sesiapa saja yang telah menunaikan haji dan umrah akan merasa rindu untuk ke sana lagi. Alhamduillah  ketika cu menunaikan haji, Allah telah mempermudahkan urusan haji cu dan suami dari mula berangkat ke Tanah Suci sehinggalah balik ke Malaysia. Cu memang bersyukur sangat-sangat. Ketika di sana hati cu tenang dan hanya ingatkan Allah aje. Dan jika ada kesusahan hanya kepada Allah cu minta pertolongan. Allah akan memperkenakan doa sekejap itu juga

Cu akan cerita kisah ibadat haji cu di blog Haji1432 nanti. Amin. 

Demam

Pada 1 Mei, ketika sedang memasak untuk makan tengahari, perut cu rasa sakit, asik ke bilik air aje. Nasib baik cuma tinggal sayur aje yang belum masak. Lepas semua lauk dah di hidangkan, suami dan anak-anak pun makan tapi cu langsung hilang selera makan. Suami tanya kenapa tak makan sama. Cu beritahu badan rasa tak sihat asik ke bilik air aje. Suami ajak ke klinik lepas makan tapi cu kata nanti dulu.

Cu naik ke bilik dan baring sekejap sambil sapu balsam ke perut. Mungkin kerana penat, cu terlena  sehingga azan zohor. Lepas zohor baru ke Klinik Selva 24 jam di Puchong Jaya. Doktor nmemberi ubat dan suruh minum banyak air.

Memang terasa lemah minggu ini asik nak tidur aje. Kerja rumah pun buat ala kadar aje. Selalunya cu akan sapu dan mop rumah tiap-tiap hari. Tapi oleh kerana tak sihat, cu mop selang sehari aje. Allah nak beri cu rehat dan tidur secukupnya. 1 Mei genaplah cu menjadi suri rumah selama 4 bulan. Dugaan yang Allah beri,  cu kena redha kerana Allah telah banyak memperkenankan doa cu semasa di Tanah Suci sehinggalah sekarang.

Walaupun tidak bekerja lagi, rezeki cu alhamduillah. Itulah nikmatnya apabila hambanya berserah pada Yang Esa. Amin.    


Monday, April 30, 2012

Gerai Jualan

Pada Jumaat lepas, cu buka gerai jualan sempena AGM Aeronita di Rooftop Tempat Letak Kereta Blok C, KLIA. Cu jual set bersalin, baju kanak-kanak, kerongsang, barut bayi dan kain ela. Banyak juga gerai jualan yang menjual makanan, tudung,baju, tupperware dan lain-lain.

Cu berada di situ dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.30 petang. Alhamduillah rezeki pada hari itu. Jualan yang paling laris adalah baju Tshirt Walt Disney.



   
Cu jual Tshirt ini sepasang RM30.00. Ramai yang berminat Tshirt ini sehingga cu kena ambil stok lagi minggu ini. Terima kasih Allah. Hamba mu ini sungguh bersyukur. Amin   

Tuesday, April 24, 2012

Terima Kasih TNB Careline

Semalam semasa sedang memasak dalam pukul 10.00 pagi dan 4.30 petang, tiada bekalan elektrik di rumah cu  3 buah rumah yang sama dengan deretan rumah cu tiada bekalan elektrik. cu pun menelepon 15454 TNB Careline. Tidak sampai 10 minit, mereka telah berada di rumah cu. Dan dengan pantas mereka telah dapat mengembalikan bekalan elektrik yang berpunca dari terputus sambungan wayar elektrik di tiang elektrik. Terima kasih TNB Careline.

Walaupun telah bersara dari TNB,cu masih merasa bangga dan seronok kerana pernah menjadi wargakerja TNB.      

Sunday, April 15, 2012

Tempat Menarik Di Bandung

Selain dari membeli-belah di Bandung, cu melawat juga tempat-tempat menarik di Bandung. Salah satu daripadanya ialah Taman Safari di Puncak. Haiwan-haiwan di sini tidak dikurung seperti di Zoo. Haiwan-haiwan ini dibiarkan berkeliaran di jalan kecuali setengah haiwan seperti Orang Hutan. Pak Supir akan memandu kereta di dalam Taman ini. Memang Best tempat ini. Sepanjang perjalanan ke Puncak cu di kelilingi sawah padi dan kebun teh. Permandangan memang indah dan udaranya pun segar. Memang cantik ciptaan Allah yang belum lagi mengalami kerosakan manusia. Perjalanan ke Puncak adalah satu hari kerana dari Bandung ke Puncak mengambil masa 2 jam.


Cu juga pergi melawat Kawah Putih tetapi tak dapat masuk ke dalam sebab ketika itu hujan lebat. Kawah putih ini macam Cameron Highland. Sepanjang perjalanan cu nampak kereta kuda yang merupakan pengangkutan bagi penduduk di kawasan ini. Di kiri kanan jalan, terdapat kebun sayuran dan ladang strawberry. Sayur-sayur di sini sungguh gemuk dan segar. Maklumlah tanah gunung berapi. Berdekatan dengan Kawah Putih ada Ladang Teh dan air terjun.      


Takuban Perahu merupakan satu lagi tempat menarik tetapi cu tak pergi melawat atas sebab-sebab yang tertentu. Takuban Perahu adalah gunung berapi yang masih aktif.

Bila dah ada di Bandung, mesti pergi spanya. Lepas membeli-belah, rehatkan badan dengan urutan badan dan muka. Memang best.  

Lagi satu ole-ole dari Bandung yang mesti di bawa pulang ialah Pisang Bollen dan Brownies Kartika Sari.

Saturday, April 14, 2012

Breakfast, Lunch, Dinner - Bandung

Tajuk dalam Bahasa Inggeris, senang kot. Kalau Bahasa Melayu nanti panjang sangat.Tak pa sekali-kala guna Bahasa Inggeris.

Hari ini  cu nak cerita pasal restoran di Bandung. Cu tidak ada masalah untuk sarapan pagi sebab hotel yang cu menginapi ada disediakan sarapan. Menu sarapan pagi adalah :

  • Nasi Uduk (nasi lemak),
  • Mee goreng,
  • Bihun Goreng,
  • Roti Bakar bersama jam dan butter,
  • Ayam goreng,
  • Air Teh,
  • Air Kopi
Pada hari kedua di Bandung,cu dan kawan-kawan  makan tengahari di sebuah Restoran Masakan Sunda dalam perjalanan balik dari Puncak. Memang best makanan sunda ini dan seperti biasa minun air juice Avacado.  Restoran makanan Sunda boleh juga di dapati di Bandung, minta Pak Supirtolong bawakan.

 
Lagi satu Restoran yang best adalah di Kampun Daun.Restoran ini di atas bukit dan di keliling dengan pokok-pokok hijau.Malah terdapat air terjun.Kalau nak ambil gambar pemandangan yang cantik kota Bandung,di sinilah tempat nya. di bawah akan nampak sawah padi yang menghijau.Memang cantikciptaan Allah, Subhanallah.


    

Restoran banyak boleh didapati di Factory Outlet tapi kena hati-hati bab halal ini. Ada satu malam Pak Suzi membawa cu dan kawan-kawan makan murtabak.  Murtabaknya memang sedap sampai keesokkan hari pun beli lagi. Malah ada kawan cu nak beli dan bawa balik ke Malaysia. Sabar ajelah. 

Thursday, April 12, 2012

Shopping Di Bandung

Cu minta maaf kerana lambat update pasal ini. Faham-fahamlah bila dah jadi suri rumah sepenuh ini, banyak kerja yang perlu diuruskan.


Petang lepas cek in hotel, cu dan kawan-kawan di bawa ke Pasar Baru. Pasar Baru ini kalau tak silap 7 tingkat. (bahasa Indonesia Aras). Tingkat yang paling atas sekali  ada masjid dan tempat makan pulak di tingkat 6. Cubalah makan Ayam Peyek, memang sedap. Segala-galanya ada di Pasar Baru ini dari pakaian bayi, kasut, kain ela dan cotton, telengkung, baju muslimah, baju kerja dan lain-lain lagi. Kalau membeli tawar terlebih dulu, cuba tawar serendah yang boleh dulu.

Cu nasihatkan supaya merancang barang-barang yang ingin dibeli. Sebabnya di situ banyak kedai dan memang rambang mata. Lagi satu tips jangan bawa beg tangan, bawa purse aje. Cu selalu bawa backpack dan purse kalau pergi melancong.


Pada waktu malamnya, cu pergi ke Toko Tiga. Di sini ada jual Jeans and T-Shirt yang berjenama. Cu suka membeli-belah di sini sebab murah dan apabila beli 5 helai ada lagi diskaun. Cu borong baju suami dan anak-anak di sini.


Lagi satu kedai yang best adalah Rumah Mode. Ini merupakan Factory Outlet. Tempatnya besar dan kadang-kadang rasa berada di luar negeri. Kawasan Rumah Mode ini ada Surau, Restoran, Tempat Permainan Kanak-kanak dan Tempat Bersantai apabila penat membeli-belah atau menunggu kawan yang tengah asik membeli haha.

Terdapat banyak Factory Outlet di Jalan Riau dan Setiabudi. Cu suka membeli di Factory Outlet di bawah:


      
Lagi satu tempat membeli beg tangan yang paling istimewa ialah Elizabeth. Minta Pak Supir bawa ke kedai Elizabeth yang besar tapi pergi sebelah pagi ya. Jangan pergi sebelah malam ya. Kedai ini bukan hanya menjual beg tangan tetapi ada juga pakaian dan kasut. Beg tangan yang dijual memang murah. Cu borong 3 beg tangan dan 2 beg notebook.
       

Setiap kedai yang cu pergi, ada penduduk tempatan yang akan menjual barangan di luar kedai. Jadi jangan terkejut ya. Banyak perkara yang akan menjadi kejutan bagi yang pertama kali pergi di Bandung.

Sunday, April 8, 2012

Bandung

Kali ini cu nak cerita pasal percutian cu di Bandung,Indonesia pada tahun lepas. Ini di atas permintaan kawan karib cu yang akan ke Bandung tidak lama lagi. Beliau ingin tahu di mana yang best shopping.

Cu bercuti ke Bandung pada bulan Februari 2011 bersama kawan-kawan pejabat dan 2 orang kakak cu. Kami semua 11orang dan semuanya wanita, macam rombongan Cik Kiahlah pulak. Kami bertolak dari LCCT pada waktu pagi dan sampai di Bandung pada waktu tengahari. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki di Indonesia. Kakak-kakak saya pernah datang kesini iaitu 20 tahun dulu.


Supir kami,Pak suzi (boleh add suzi van java di Facebook) telah pun menunggu kami dengan van yang boleh memuatkan 11 orang.  Masing-masing kelaparan lalu pak suzi membawa kami makan di restoran nasi padang.



Pelayan restoran akan menghidang semua jenis lauk di atas meja. Jadi janganlah terkejut ya. Pelayan akan mengira lauk yang dimakan aje. Nasihat cu bila di bandung,minumlah avacado cokelat, sedap. Dekat sini minuman avacado murah malah pokok-pokok avacado boleh di lihat sepanjang jalan ke puncak. Makanan padang yang paling cu suka adalah cili berladanya dan pucuk ubi.

Setelah selesai makan, Paksuzi membawa kami ke tempat penginapan kami iaitu Orange Homes, http://www.orangehomesbandung.com



Cu suka penginapan ini sebab cantik dan mesra alam walaupun tempat ini terletak di pertengahan rumah-rumah penduduk bandung. Penginapan ini pun menyediakan sarapan pagi.Cuba makan nasi unduk nya,wah memang sedap.Kalau kat tanahair boleh di katakan nasi lemak  

Nanti cu sambung pulak pasal gedung membeli-belah ya. selamat malam.

   

Friday, April 6, 2012

Mee Bandung

Semalam cu memasak mee bandung untuk minum petang. Kali ini cu masak mee bandung dengan menggunakan pes mee bandung Pak Ngah, bukan resepi cu sendiri.

Senang aje memasaknya. Mula-mula masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan pes mee bandung dan kacau sehingga sebati. Masukkan daging atau ayam atau fishball. Bila dah mendidih sekali lagi baru masuk sawi dan telur. Mudah dan senang. Bolehlah jamu pada tetamu-tetamu.

Kalau sesiapa nak pes ini boleh lah hubungi cu. Harganya pun murah iaitu RM 8.50 untuk di jamu kepada 7- 8 orang tetamu.

   

Tuesday, April 3, 2012

SPM 2011

Pada tanggal 21 Mac 2012 adalah hari debaran bagi anak cu yang kelima. Tarikh tersebut adalah tarikh keramat, keputusan SPM  2011 akan di umumkan. Sebelum itu anak cu dah bermimpi  dapat 4A, 3B, 2C dan 1D. Risau betul dia, kesian cu tengokkan. Sebagai seorang Ibu ,cu berdoa agar dia akan mendapat keputusan yang terbaik yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di Universiti.

Hari yang di nantikan pun tiba. Suami cu mengambil cuti selama 2 hari. Kami bertolak pada pukul 4.30 pagi kerana perjalanan ke Sekolah Menengah Teknik Dungun,Kuala Terengganu mengambil masa selama 6 jam. Cu bawa bekalan roti dan biskut. Alhamduillah kereta pun tidak banyak dan kami berhenti di R&R Temerloh untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Cu sampai di Dungun pada pukul 10.15 pagi. Pihak sekolah mengadakan majlis kecil mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan terbaik SPM. Pada pukul 11.30, barulah keputusan SPM diberi kepada pelajar-pelajar.



Alhamduillah keputusan anak adalah terbaik dari kakak dan abangnya. Lepas itu cu singgah sebentar di Dungun untuk makan tengahari dan membeli-belah keropok lekor Sura yang paling popular di Dungun.  

Pada pukul 3.30 petang, cu bertolak ke Kuantan untuk bermalam di Hotel Zenith, hotel baru di bandar Kuantan.

Majlis Pertunangan.

Cu dah lama tak berkarya  di blog ini. Maklumlah  idea berkarya terbantu disebabkan keletihan dengan persiapan majlis pertunangan anak sulung cu. Nasib baiklah bab hantaran dah diserahkan pada anak saudara untuk gubah, Kerja cu hanya kemas rumah dan memasak untuk adik-beradik yang datang menolong.

Majlis tersebut telah diadakan pada 10 March 2012 iaitu Sabtu pertama cuti sekolah. Pada hari tersebut cu ada 2 jemputan kenduri kahwin iaitu satu di Subang Jaya, anak Jemaah Haji KT08 dan satu lagi di Kajang, kawan pejabat TNB (selamat pengantin baru Jas bersama pasangannya).

Pada malam Sabtu adik-beradik cu dan suami datang menolong membuat persiapan yang terakhir. Cu masak mee bandung dan spagethi aje. (masakan yang mudah untuk di masak) Tapi pada malam itu cu dan kakak ipar memasak rendang dinding dan goreng ayam (nak  masak ayam masak susu esok paginya). Kakak cu pulak tolong menyiapkan tepak sirih. Seronok rasanya berkumpul adik beradik.

Pagi-pagi Sabtu lagi dah bangun, kena sediakan ayam golek untuk hantaran. Cu dah lama tak buat ayam golek resepi arwah mak. Nasib baik menjadi juga ayam golek cu. Kakak ipar di Subang Jaya tolong masakkan pulut.

Majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Alhamduillah majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali Lily, Kak Azie, Kak Tun, Kak Siti dan rakan sebilik haji, Aishah dan Zon.     


Mini pelamin ini adalah hasil kerja tangan anak saudara. Terima kasih ya Nor. Semua orang kata cantik.  Barang-barag tekan adalah kepunyaan arwah mak yang akan dikongsi oleh kami 7 beradik. Ya Allah.cucurilah rahmat keatas ibubapa hambamu ini, tempatkanlah mereka didalam golongan hambamu yang soleh dan solehah. 

Thursday, March 1, 2012

Gulai Kawah

Cu dan kawan-kawan buat temu-janji makan tengah-hari hari ini. Mula-mula bercadang nak makan di Restoran Ayam  Golek Pantai Dalam. Tetapi si Lan nak makan di Restoran Gulai Kawah, Pantai Dalam. Lama juga tak makan di situ.

Wah! Restoran Gulai Kawah dah besar dan ada bilik makan berhawa dingin. Oleh kerana cuaca tengah panas, kami duduk di bilik berhawa dingin.Cara susunan makanan pun dah canggih. Lauk-pauk diletakkan di sebelah tengah restoran sementara ulam-ulam, makanan percik dan bakar diletakkan di tepi dinding sebelah-menyebelah.

Menu cu adalah nasi separuh, ikan bakar, ulam, gulai lemak siput dan dalca. Memang sedap makanan di sini, mula-mula rambang mata juga nak pilih lauk. Kami sudah makan baru Si Lan and yang lain datang. Tapi seronok hari ini dapat berkumpul dan berbual-bual dengan kawan-kawan. Lepas ini datang rumah cu pulak ya selepas cuti sekolah. Tapi kena beritahu awal ya.

Terima kasih Diana, Lan, Rusli, Aza, Jas, Nurel dan Linda (salam perkenalan Linda)         

ICT Productivity Day

Hari ini cu dah buat temujanji dengan kawan-kawan di Menara TM untuk pergi ke ICT Productivity Day di Kelab Kilat TNB. Cu bercadang nak beli netbook HP untuk anak mengantikan notebooknya yang telah rosak. Pada pukul 10.30 cu sampai di Kelab Kilat selepas mengambil kawan-kawan di Menara TM.

Seperti biasa  semua orang kena register. Oleh kerana dah menjadi pesara, no pekerja pun dah tak aktif. Jadi kena tulis nama atas kertaslah dan alhamduillah dapat juga gift.

Niat nak jumpa kawan-kawan tercapai, malah jumpa juga pengguna cbpms Transmission, Generation dan TNBR. Cu seronok dapat berbual dengan ahli pasukan cbpms yang lama, En Amir.

Semua bertanya bagaimana rasa dah jadi pesara dan duduk rumah. Tulus ikhlas cu cakapkan memang seronok dan tenang rasa hati sekarang ini. Malah boleh beramal ibadat dengan tenang. Terima kasih Allah kerana telah mengabulkan permintaan hambamu ini semasa wukuf di Arafah. Hamba mu ini sungguh bersyukur kerana dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak dengan penuh ketenangan.

Netbook yang hendak dibeli dah habis. Nampak gayanya kena beli netbook kat Lowyat atau Digital Mall Petaling Jaya esok atau lusa..

      

Thursday, February 23, 2012

Jabatan Hasil PJ Trade Center

Cu dapat panggilan dari Jabatan Hasil mengatakan surat pelepasan cukai telah boleh di ambil. Pagi ini Atiqah pergi kerja dengan bapanya. Pada pukul 9.00 pagi,cu keluar rumah siap berdoa agar Allah mudahkan urusan cu hari ini. Maklumlah nak pergi Jabatan Hasil PJ Trade Center, Damansara Perdana tu memang jam. Cu merancang perjalanan iaitu:
  • Ikut Jalan Kelang Lama, Jalan Gasing, Jalan Universiti, Jalan Section 16 PJ , Jalan menuju TTDI  dan Jalan menuju Wan Utama.
Alhamduillah perjalanan ke Jabatan Hasil lancar, cuma jam sedikit di TTDI sebab ada pembinaan jalan. Bangunan Jabatan Hasil ini baru dan kaunternya di ground floor. Cu ambil surat tersebut di kaunter pertanyaan aje dan selepas itu ke TNB Bangsar. Cu hantar surat tersebut di tingkat 7, Bahagian HR. Cu harap proses pengeluaran cek gaji terakhir tiada halangan. Permudahkannya Ya Allah.

Cu jumpa Suzaini dan Din di Tingkat 7.  Cu tak sempat nak jumpa kawan-kawan yang lain. Harap maaf ya.  Cu kena balik rumah untuk memasak makan tengahari untuk anak

Wednesday, February 22, 2012

Date Dengan Lily di Giant Shah Alam.



Akhir jadi juga date dengan Lily di Giant Shah Alam hari ini pada pukul 2.30 petang. Kami makan di FoodCourt Giant. Banyaknya gerai makan di sini sampai tak tahu nak pilih makanan. Favourite Lily adalah laksam. Cu makan nasi dagang ikan tongkol. Memang sedap. Selepas order nasi dagang, baru nampak laksa johor, mee jawa dan mee rebus. Lain kalilah cuba laksa johor Ini pertama kali cu masuk Giant ini. Wah lebih hebat dari Giant dekat rumah. Kiosk banyak sampai kat luar. Insyallah nak bawa anak datang sendiri, mesti mereka suka.

Kami bertukar-tukar pandangan pasal kenikmatan menjadi suri rumah sepenuh masa.  Rasa tenang dan seronok. Tak payah fikir KPI dan target date projek. Rasa tak puas berjumpa dekat 2 jam. Insyallah next date cuti sekolah.  

Sunday, February 12, 2012

KO

Bangun pagi dah rasa pening dan perut rasa banyak angin. Mungkin sebab semalam tidak makan malam sebab keletihan menguruskan rumah tangga. Bila dah penat selera makan pun kurang. Lepas solat subuh, tidur balik sekejap. Pada pukul 9.40 baru bangun dan pergi klinik bersama Ihsan. Ihsan pun tak sihat, tersalah urat.

Walaupun pun tak sihat, kerja rumah masih kena dilaksanakan juga. Alhamduillah selepas makan ubat,pening kepala dah berkurangan. Bolehlah masak ala kadar untuk anak-anak. Cu siap masak kek pisang lagi.  Resepi kek ini dari myresepi.com.

Rasa lemah betul hari ini. Cu kena pergi Pejabat Pos untuk hantar barang DCL pada pelanggan. Nampak gayanya kena pos esoklah. 

Saturday, February 11, 2012

Kursus Asas Haji 1433



Hari ini bermulalah Kursus Asas Haji 1433 selama 19 minggu di Masjid Bandar Kinrara. Cu dan suami memang plan nak pergi mendengar lagi.kursus tersebut tapi tak kesampaian kerana kena siapkan barang suami yang akan ke Miri malam ini. Insyallah mungkin akan turut serta di minggu yang akan datang. Selamat menghadiri kursus bagi Tetamu-Tetamu Allah dan semoga mendapat haji yang mabrur.

Pesanan bagi Tetamu-Tetamu Allah: hadirilah kesemua kursus yang telah dijadualkan oleh Tabung Haji iaitu:
  • Kursus Asas Haji
  • Kursus Intensif
  • Kursus Perdana
Banyak ilmu yang berguna di ketiga-tiga kursus ini dan mulai dari sekarang rajin-rajinlah laksanakan solat sunat taubat. Cu galakan juga untuk membaca buku-buku di bawah:
  • Travelog Haji 
  • Rahsia Haji
  • Haji Muda
  • Sejarah Madinah
  • Sejarah Mekkah
Boleh juga layari blog Haji Cu, insyallah akan dikemaskini sentiasa untuk panduan. 

Perjumpaan Pesara-Pesara Dan Yang Akan Bersara Di Khatijah's Kitchen

Seronok semalam dapat jumpa dengan kawan-kawan untuk makan tengahari di Khatijah's Kitchen, Petaling Jaya. Makanan di sini memang sedap. Cu makan mee rebus dan the rest makan laksa johor. Dessert makan kuah durian dengan pulut, cucur ikan bilis dan cucur udang ( Kak zz namakan cucur tersebut cucur serabut sebab banyak sayur-sayur ). Dan tidak lupa juga cokelat dari Pulau Langkawi ( Kak ct borong cokelat satu beg ha ha).

Tengoklah betapa certia dan tenangnya muka-muka orang yang telah pencen. (Kak m, Kak zab, Kak r dan cu).

Semasa sampai di sini, jumpa dengan Sam Henry tegah membeli makanan tengahari. Walaupun telah berumur 70 lebih, tapi dia nampak sihat dan muda . Itulah rahsia orang lam EDP, hati mesti sentiasa tenang dan lakukan perkara yang disukai seperti cu sekarang. Betapa nikmatnya duduk di rumah, suami dan anak-anak pun suka. Rumah pun sentiasa kemas dan boleh mencuba berbagai resipi baru. Amin. Terima kasih Allah.  

Ulangtahun Perkahwinan


Pada 9 Februari 2012 adalah merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke 26. Senang aje nak kira ulangtahun sebab +1  umur anak yang sulung. Lamakan. Cu sungguh bersyukur atas semua nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada keluarga cu.

Kek ulangtahun ini anak-anak beli kat Secret Resepi, Chocolate Moist. Haha Sambutnya pada pukul 11.30 malam, 9 Februari 2012 sebab suami ada dinner dengan delegates dari luar negara di Sepang GoldCoast.(betul ke ejaan ini).

Tahun ini tak ada hadiah untuk suami cuma cu masak makanan kegemarannya iaitu agar-agar koktail. Cu baru cuba resepi ini dari myresepi.com. Terima kasih kepada pemberi resepi ini. Suami puji sedap agar-agar koktail tu. Lepas ini plan nak buat untuk majlis pertunangan anak pulak.



Seperti biasa anak-anak beli hadiah juga. Hadiah paling best frame gambar yang boleh letak gambar kami sekeluarga dan sepasang cawan.



Terima kasih anak-anak ku. 


    
Powered By Blogger