Language

Sunday, January 29, 2012

Sauna

Dah lama tak updateblog ini. Hari ini bangun pagi pening kepala lalu ambil keputusan tak pergi jogging sebaliknya bersauna aje hari ini. Dapat juga keluarkan peluh. Nasib baik memang ada sauna di rumah. Cu beli semasa tahun 2000 rasanya. Masa itu Magic Boo tengah buat sale akhir tahun.Harganya ketika tu RM 280, murahkan. Apalagi cu pun belilah. Sekarang harga saunatersebut RM 400 lebih.

Mula-mula plan nak buat business sauna di rumah untuk jiran-jiran di taman ini.Tetapi oleh sebab masih kerja lagi, hajat tak kesampaian. Mungkin sekarang boleh buat business kot sebab dah bersara.

Cu gunakan herba serbuk yang dibeli dari kawan yang memang ada salon  di Kuantan Parade. Kawan ini yang telah mengajar cu cara-cara penjagaan diri malah dapat sijil lagi. Boleh buka salon sendiri. Tengoklah nanti mungkin buka salon dirumah kot.

Selepas bersauna badan rasa sihat dan pening pun alhamduillah nak hilang. Tak boleh lama-lamakat blog ini nanti hura-hara kerja rumah cu.


No comments:

Powered By Blogger