Language

Monday, January 9, 2012

Super Women

Memang jadi Super Women hari ini. Pagi lagi kena siap memasak sebab cu kena bawa anak jumpa doktor di Hospital Damansara Specialist.

 Sebelum pergi berdoa dulu  agar Allah permudahkan segala urusan hari ini. Alhamduillah masa yang di ambil untuk sampai ke sana cuma setengah jam aje, tiada traffic jam maklum lah hari ini ramai rakyat berkumpul di mahkamah Jalan Duta. Lagi satu kena bijak merancang  jalan untuk  ke sana haha tapi dengan petunjuk dari Allah jua.



Tengah hari pulak cu menghantar anak ke IOI Mall . Dah sampai di IOI, apa lagi jamu mata sekejap. Nasib baik tak membeli maklumlah dah pencen, budget kena jaga juga.



Sebelah petangnya pulak kena  ambil anak dari Hospital Serdang sebab hubby kemungkinan balik lambat. Kesian kat dia. Itulah salah satu sebab kenapa cu bersara awal. Sampai aje di rumah, masih ada kerja menanti iaitu siapkan makan malam, lipat kain dan sidai kain (harapnya dgn kerja-kerja rumah ini dapat turun lagi 4 kg).

Malamnya pulak anak suruh jahit seluarnya yang sudah koyak. Menjahitlah sambil menengok program Jemputan Umrah. Bila lihat Masjid Nabawi dan Masjidilharam,teringat musim haji 1432. Rindunmya dan sedih pun ada.Ya Allah,engkau jemputlah hamba mu ini  lagi ke sana. Amin.

Hari ini betul-betul penat, kepala pun dah pening. Lebih baik tidur. Selamat malam.


No comments:

Powered By Blogger