Pada bulan Mei 2006, cu dan suami bercuti sempena menyambut hari jadi cu di Pulau Tioman. Kami pergi mengikut Package Berjaya yang termasuk tambang kapalterbang dan penginapan 2 malam 3 hari di Berjaya Tioman Resort. Package termasuk 'welcome drink', 2 sarapan pagi dan 1 makan malam secara bufer dan 1 makan malam barbeque. Dalam package ini termasuk percuma snorkelling di pulau berdekatan dengan Resort.
Cuma makan tengahari saj tak termasuk. Tapi di luar resort ada sebuah Restoran Islam yang menjual makanan tengahari, harganya pun oklah. Cu berjalan kaki dengan suami ke sana, jauh nya dalam 600m kot.. .
Pulau Tioman adalah suatu tempat untuk merehatkan minda dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Kalau nak membeli-belah, di sini bukan tempat nya. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah 'diving', 'snorkelling' berenang, keliling pulau dengan menaiki motor atau berbasikal (jenuh juga kalau berbasikal sebab ada bukit yang tinggi) dan yang paling cu suka spa
Cu dan suami naik Berjaya Air dari Subang Airport dan mengambil masa lebih kurang 55 minit. Di dalam kapalterbang di jamu dengan roti dan air mineral. Sampai aje di lapangan terbang Tioman, ada bus Berjaya sedang menunggu pelanggannya untuk di hantar ke Resort. Oleh kerana cu pergi bukan musim tenkujuh, ramailah pelancong luar negeri di sana. Kedai-kedai cenderahati pun banyak dibuka.
Kami mendapat bilik berdekatan dengan restoran dan kolam renang, mengadap taman. Biliknya memang cantik dan ada kelas. Rezeki cu dan suami, ada pertandingan larian dan pelepasan anak kura-kura ke laut, jadi banyaklah aktiviti kami di sini.
Selepas berehat sebentar, kami ke restoran mengambil welcome drink. Kami bercadang untuk berjalan kaki ke pekan Tioman.. Resort ini ada menyediakan shuttle untuk ke pekan, malah boleh sewa basikal atau motor juga. Boleh tahan juga kami berjalan dekat 2 km juga. Seronok juga berjalan kaki sambil tengok permandangan pulau dan keindahan laut. Sambil berjalan-jalan dapatlah beli cenderhati untuk anak-anak.
Penat juga berjalan kaki dan akhirnya kami naik kereta sewa balik ke Resort. Petang kami mandi di kolam renang dan laut. Di tepi laut boleh juga tengok batu karang dan ikan.
Makan malam di Restoran Resort memang best. Haha buffer katakan, apa lagi makan lah apa yang disaji. Lepas makan, kami berjalan-jalan sekeliling Resort.
Keesokan harinya kami pergi snokelling iaitu di pulau yang berdekatan dengan resort. Tetapi kami sewa boat yang ada gelas untuk tengok batu karang dan ikan-ikan.
Kalau bercuti di sini, bolehlah cuba spa. Sesiapa yang inginkan ketenangan dari kesibukan bandar, datanglah bercuti di sini.
No comments:
Post a Comment