Hari yang paling sibuk untuk cu. Sejak anak bertunang pada bulan April 2012, cu dah mula tanya dewan di Selangor dan di Putrajaya.
Bila difikirkan nak bawa doorgift dari rumah lebih baik sewa dewan berdekatan dengan rumah. Cu survey
2 Dewan iaitu
Akhirnya kami memilih Dewan di Komplek Haji Kelana Jaya. Terdapat 2 Dewan di Komplek ini iaitu Dewan Utama (bahagian atas) dan Dewan Tiba (Ruang Lobi Kaunter Hotel Tahaa). Oleh kerana, cuma ada kekosongan pada tarikh 15 Disember 2012, cu buat tempahan tarikh tersebut. Catering kena ambil dari Catering Tabung Haji. Ingat ya, tempahan dewan dan catering dibuat awal iaitu 1 tahun sebelum majlis.

- Dewan Gemilang D'Saji Kelana Jaya
- Dewan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya
Akhirnya kami memilih Dewan di Komplek Haji Kelana Jaya. Terdapat 2 Dewan di Komplek ini iaitu Dewan Utama (bahagian atas) dan Dewan Tiba (Ruang Lobi Kaunter Hotel Tahaa). Oleh kerana, cuma ada kekosongan pada tarikh 15 Disember 2012, cu buat tempahan tarikh tersebut. Catering kena ambil dari Catering Tabung Haji. Ingat ya, tempahan dewan dan catering dibuat awal iaitu 1 tahun sebelum majlis.
Pada masa itu, tempahan dewan dan catering adalah berasingan. Dewan diuruskan oleh Pengurusan Hotel Tahaa dan catering diuruskan oleh TH Global Services.
Hiasan dalaman seperti pelamin dan deco untuk meja pengantin kena ambil pakej luar. Seeloknya ambillah pakej yang pernah handle majlis di dewan tersebut kerana mereka tahu besar dewan tersebut. Boleh cari di Laman Web. Cu ambil Sekapur Sirih, pejabatnya pun dekat Kelana Jaya.
Bayaran tempahan dewan dan catering hendaklah dibuat sedikit dahulu menyatakan kita booking tarikh tersebut. Seminggu sebelum majlis, semua pembayaran hendaklah di selesaikan.
Pihak catering akan memberi senarai menu untuk majlis jadi boleh lah pilih nak set nasi beriani ke set nasi arab mandi ke, pilih ajelah, harganya tetap sama berdasar harga satu orang. Menu ini termasuk set meja pengantin. Pihak catering akan memanggil cu (boleh bawa 4 orang) untuk merasa menu yang dipilih sebulan sebelum majlis.
Ingat ya, Dewan Kompleks ditutup ketika musim haji. Satu cabaran dan keseronokan merancangkan majlis ini bersama suami dan anak-anak. Maklumlah baru pertama kali. Nasib baik juga cu dah bersara awal, banyaklah masa untuk ini. Alhamduillah Allah mudahkan semuanya. Amin

No comments:
Post a Comment