Language

Thursday, April 12, 2012

Shopping Di Bandung

Cu minta maaf kerana lambat update pasal ini. Faham-fahamlah bila dah jadi suri rumah sepenuh ini, banyak kerja yang perlu diuruskan.


Petang lepas cek in hotel, cu dan kawan-kawan di bawa ke Pasar Baru. Pasar Baru ini kalau tak silap 7 tingkat. (bahasa Indonesia Aras). Tingkat yang paling atas sekali  ada masjid dan tempat makan pulak di tingkat 6. Cubalah makan Ayam Peyek, memang sedap. Segala-galanya ada di Pasar Baru ini dari pakaian bayi, kasut, kain ela dan cotton, telengkung, baju muslimah, baju kerja dan lain-lain lagi. Kalau membeli tawar terlebih dulu, cuba tawar serendah yang boleh dulu.

Cu nasihatkan supaya merancang barang-barang yang ingin dibeli. Sebabnya di situ banyak kedai dan memang rambang mata. Lagi satu tips jangan bawa beg tangan, bawa purse aje. Cu selalu bawa backpack dan purse kalau pergi melancong.


Pada waktu malamnya, cu pergi ke Toko Tiga. Di sini ada jual Jeans and T-Shirt yang berjenama. Cu suka membeli-belah di sini sebab murah dan apabila beli 5 helai ada lagi diskaun. Cu borong baju suami dan anak-anak di sini.


Lagi satu kedai yang best adalah Rumah Mode. Ini merupakan Factory Outlet. Tempatnya besar dan kadang-kadang rasa berada di luar negeri. Kawasan Rumah Mode ini ada Surau, Restoran, Tempat Permainan Kanak-kanak dan Tempat Bersantai apabila penat membeli-belah atau menunggu kawan yang tengah asik membeli haha.

Terdapat banyak Factory Outlet di Jalan Riau dan Setiabudi. Cu suka membeli di Factory Outlet di bawah:


      
Lagi satu tempat membeli beg tangan yang paling istimewa ialah Elizabeth. Minta Pak Supir bawa ke kedai Elizabeth yang besar tapi pergi sebelah pagi ya. Jangan pergi sebelah malam ya. Kedai ini bukan hanya menjual beg tangan tetapi ada juga pakaian dan kasut. Beg tangan yang dijual memang murah. Cu borong 3 beg tangan dan 2 beg notebook.
       

Setiap kedai yang cu pergi, ada penduduk tempatan yang akan menjual barangan di luar kedai. Jadi jangan terkejut ya. Banyak perkara yang akan menjadi kejutan bagi yang pertama kali pergi di Bandung.

No comments:

Powered By Blogger