Cu dah lama tak berkarya di blog ini. Maklumlah idea berkarya terbantu disebabkan keletihan dengan persiapan majlis pertunangan anak sulung cu. Nasib baiklah bab hantaran dah diserahkan pada anak saudara untuk gubah, Kerja cu hanya kemas rumah dan memasak untuk adik-beradik yang datang menolong.
Majlis tersebut telah diadakan pada 10 March 2012 iaitu Sabtu pertama cuti sekolah. Pada hari tersebut cu ada 2 jemputan kenduri kahwin iaitu satu di Subang Jaya, anak Jemaah Haji KT08 dan satu lagi di Kajang, kawan pejabat TNB (selamat pengantin baru Jas bersama pasangannya).
Pada malam Sabtu adik-beradik cu dan suami datang menolong membuat persiapan yang terakhir. Cu masak mee bandung dan spagethi aje. (masakan yang mudah untuk di masak) Tapi pada malam itu cu dan kakak ipar memasak rendang dinding dan goreng ayam (nak masak ayam masak susu esok paginya). Kakak cu pulak tolong menyiapkan tepak sirih. Seronok rasanya berkumpul adik beradik.
Pagi-pagi Sabtu lagi dah bangun, kena sediakan ayam golek untuk hantaran. Cu dah lama tak buat ayam golek resepi arwah mak. Nasib baik menjadi juga ayam golek cu. Kakak ipar di Subang Jaya tolong masakkan pulut.
Majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Alhamduillah majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali Lily, Kak Azie, Kak Tun, Kak Siti dan rakan sebilik haji, Aishah dan Zon.
Mini pelamin ini adalah hasil kerja tangan anak saudara. Terima kasih ya Nor. Semua orang kata cantik. Barang-barag tekan adalah kepunyaan arwah mak yang akan dikongsi oleh kami 7 beradik. Ya Allah.cucurilah rahmat keatas ibubapa hambamu ini, tempatkanlah mereka didalam golongan hambamu yang soleh dan solehah.

No comments:
Post a Comment