Pada tanggal 21 Mac 2012 adalah hari debaran bagi anak cu yang kelima. Tarikh tersebut adalah tarikh keramat, keputusan SPM 2011 akan di umumkan. Sebelum itu anak cu dah bermimpi dapat 4A, 3B, 2C dan 1D. Risau betul dia, kesian cu tengokkan. Sebagai seorang Ibu ,cu berdoa agar dia akan mendapat keputusan yang terbaik yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di Universiti.
Hari yang di nantikan pun tiba. Suami cu mengambil cuti selama 2 hari. Kami bertolak pada pukul 4.30 pagi kerana perjalanan ke Sekolah Menengah Teknik Dungun,Kuala Terengganu mengambil masa selama 6 jam. Cu bawa bekalan roti dan biskut. Alhamduillah kereta pun tidak banyak dan kami berhenti di R&R Temerloh untuk solat Subuh dan sarapan pagi.
Cu sampai di Dungun pada pukul 10.15 pagi. Pihak sekolah mengadakan majlis kecil mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan terbaik SPM. Pada pukul 11.30, barulah keputusan SPM diberi kepada pelajar-pelajar.
Alhamduillah keputusan anak adalah terbaik dari kakak dan abangnya. Lepas itu cu singgah sebentar di Dungun untuk makan tengahari dan membeli-belah keropok lekor Sura yang paling popular di Dungun.
Pada pukul 3.30 petang, cu bertolak ke Kuantan untuk bermalam di Hotel Zenith, hotel baru di bandar Kuantan.

No comments:
Post a Comment