Kali ini cu nak cerita pasal percutian cu di Bandung,Indonesia pada tahun lepas. Ini di atas permintaan kawan karib cu yang akan ke Bandung tidak lama lagi. Beliau ingin tahu di mana yang best shopping.
Cu bercuti ke Bandung pada bulan Februari 2011 bersama kawan-kawan pejabat dan 2 orang kakak cu. Kami semua 11orang dan semuanya wanita, macam rombongan Cik Kiahlah pulak. Kami bertolak dari LCCT pada waktu pagi dan sampai di Bandung pada waktu tengahari. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki di Indonesia. Kakak-kakak saya pernah datang kesini iaitu 20 tahun dulu.
Supir kami,Pak suzi (boleh add suzi van java di Facebook) telah pun menunggu kami dengan van yang boleh memuatkan 11 orang. Masing-masing kelaparan lalu pak suzi membawa kami makan di restoran nasi padang.
Cu suka penginapan ini sebab cantik dan mesra alam walaupun tempat ini terletak di pertengahan rumah-rumah penduduk bandung. Penginapan ini pun menyediakan sarapan pagi.Cuba makan nasi unduk nya,wah memang sedap.Kalau kat tanahair boleh di katakan nasi lemak
Nanti cu sambung pulak pasal gedung membeli-belah ya. selamat malam.

Pelayan restoran akan menghidang semua jenis lauk di atas meja. Jadi janganlah terkejut ya. Pelayan akan mengira lauk yang dimakan aje. Nasihat cu bila di bandung,minumlah avacado cokelat, sedap. Dekat sini minuman avacado murah malah pokok-pokok avacado boleh di lihat sepanjang jalan ke puncak. Makanan padang yang paling cu suka adalah cili berladanya dan pucuk ubi.
Setelah selesai makan, Paksuzi membawa kami ke tempat penginapan kami iaitu Orange Homes, http://www.orangehomesbandung.com
Cu suka penginapan ini sebab cantik dan mesra alam walaupun tempat ini terletak di pertengahan rumah-rumah penduduk bandung. Penginapan ini pun menyediakan sarapan pagi.Cuba makan nasi unduk nya,wah memang sedap.Kalau kat tanahair boleh di katakan nasi lemak
Nanti cu sambung pulak pasal gedung membeli-belah ya. selamat malam.
No comments:
Post a Comment