Language

Sunday, June 3, 2012

Univesiti Tun Hussein Onn


Pada 2 Jun 2012, cu sekeluarga pergi menghantar anak cu yang kelima ke Universiti Tun Hussein Onn di Parit Raja Johor. Untuk menjimatkan belanja, cu dan suami plan untuk membawa bekalan makanan tengah hari dan malam. Apa lagi kenalah bangun pagi-pagi untuk masak sarapan dan bekalan makanan. Memang selalu cu akan masak bekalan bila nak pergi bercuti. Maklumlahlah kami 8 orang semuanya. Kalau makan tengah hari mahulah RM 70 lebih.

Cu masak ayam masak susu, telor goreng, ikan goreng dan sayur timun. Cukuplah untuk satu hari. Anak-anak pun seronok macam pergi berkelah.



Cu bermalam di Hotel D'Impian Inn di Parit Raja, berdekatan dengan UTHM dalam15 minit perjalanan. Nasib baik masih ada bilik lagi semasa cu membuat tempahan. Bilik yang ada cuba Family Standard yang berharga RM 115 yang terdapat satu bilik,satu ruang tamu dan satu bilik air. Seperti biasa anak-anak kenalah tidur kat ruang tamu.


    
Anak cu yang ketiga memandu kereta sementara cu dan suami duduk di belakang. Adoi macam tuan dan puan pulak. Cu sampai di Parit Raja pada pukul 2.00 lebih ( keluar Tol Ayer Hitam). Suami bercadang kami terus ke Hotel aje dan makan tengahari di sana aje.


Hotel tersebut berdekatan dengan jalan besar ke Batu Pahat. Lokasi hotel berdekatan dengan KFC dan Maybank. Anak-anak bukan main suka, boleh jalan kaki ke KFC. Di depan hotel pulak ada Kedai Ais Blended, lagilah suka anak-anak. Banyak gerai-gerai dan restoran berdekatan dengan hotel, boleh berjalan kaki aje.


Pada sebelah petang cu dan anak keluar berjalan-jalan di kedai berdekatan dengan hotel. Kami makan cendol dan beli buah mangga. Murah juga jualan makanan di sini.  Parit Raja pun terkenal dengan jualan kerepek.  Cu bercadang nak ajak suami beli kerepek di bazaar kerepek.

Dalam pukul 6.00 petang cu sekeluarga berjalan ke UTHM (menengok tempat untuk pendaftaran anak pada esok paginya) dan ke Batu Pahat. Masa perjalanan dari Parit Raja ke Batu Pahat dalam setengah jam. Suami ajak singgah di Stesen Bas Batu Pahat untuk mengetahui bas express ke Kuala Lumpur.Banyak juga bas ke Kuala Lumpur iaitu Transional, JKKK dan lain-lain. Memang biasa bagi cu dan suami, bila tiba di tempat baru  kami  akan survey keadaan di sana.



Apabila sampai di hotel, anak-anak dah minta ice blended, apa lagi layan ajelah. Selepas makan malam, anak-anak keluar beli KFC pulak. Maklumlah anak-anak sedang membesar.

Kesesokan paginya, kami menghantar anak ke UTHM untuk pendaftaran. Masa pendaftaran sekejap aje dalam masa 1 jam. Cu siap beli bantal kekabu di gerai jualan UTHM. Tibalah masa untuk menghantar barang ke asrama. Semasa menunggu anak mengambil kunci bilik, cu jumpa dengan rakan TM. Rupanya dia pun menghantar anaknya sama. Bilik anak di tingkat 3, jenuh juga mengangkat barang.

Kami balik ke hotel kembali untuk cek-out. Sempat juga cu beli kerepek. Penjual kerepek itu orang Ipoh dan bersekolah di sekolah suami di Ipoh. Apalagi rancahlah pulak berbual sang suami dengan penjual kerepek.

Seperti biasa ibu mana yang tak bersedih apabila berjauhan dengan anak. Berlinang lagi air mata. 

             

No comments:

Powered By Blogger