Cu dan kawan-kawan buat temu-janji makan tengah-hari hari ini. Mula-mula bercadang nak makan di Restoran Ayam Golek Pantai Dalam. Tetapi si Lan nak makan di Restoran Gulai Kawah, Pantai Dalam. Lama juga tak makan di situ.
Wah! Restoran Gulai Kawah dah besar dan ada bilik makan berhawa dingin. Oleh kerana cuaca tengah panas, kami duduk di bilik berhawa dingin.Cara susunan makanan pun dah canggih. Lauk-pauk diletakkan di sebelah tengah restoran sementara ulam-ulam, makanan percik dan bakar diletakkan di tepi dinding sebelah-menyebelah.
Menu cu adalah nasi separuh, ikan bakar, ulam, gulai lemak siput dan dalca. Memang sedap makanan di sini, mula-mula rambang mata juga nak pilih lauk. Kami sudah makan baru Si Lan and yang lain datang. Tapi seronok hari ini dapat berkumpul dan berbual-bual dengan kawan-kawan. Lepas ini datang rumah cu pulak ya selepas cuti sekolah. Tapi kena beritahu awal ya.
Terima kasih Diana, Lan, Rusli, Aza, Jas, Nurel dan Linda (salam perkenalan Linda)

No comments:
Post a Comment