Language

Tuesday, February 7, 2012

Genap Sebulan Jadi Pesara

Alhamduillah dah genap sebulan jadi pesara, betapa nikmatnya. Pagi-pagi tak payah fikir nak menu masakan untuk sarapan pagi dan makanan tengahari terutama sekali kena bangun awal setiap pagi pada pukul 4.30 pagi.

Insyallah jadual rutin sebagai suri rumah pun dah ok. Masa mula-mula dulu kelam-kabut juga. Rumah pun dah bersih dan kurang berhabuk. Seronok mata memandang. Cu masih ingat lagi ketika mengemas kamar cu,aduh banyaknya habuk setiap sudut. Habuk tu tebal pulak malah ambil 3 hari untuk kemaskan kamar cu sahaja.

2 hari lepas sempatlah buat kek cokelat dan muffins untuk anak-anak. Hari ini cu bercadang untuk masak mee bandung,masakan kesukaan hubby dan anak-anak. cu dah tengok resepi baru kat myresepi.com, terima kasih Ad kerana memberi website tersebut.

Rupanya dudukrumah ini lagi sibuk dari bekerja. Memang tak menang tangan tapi cu dapat satu nikmat iaitu suatu ketenangan dalam hidup. Suami dan anak-anak pun seronok bila balik rumah ada orang menunggu ketibaan mereka. Memang suatu kenikmatan. Cu memang syukur sangat-sangat. Terima kasih Allah       

No comments:

Powered By Blogger