Pada 9 Februari 2012 adalah merupakan ulangtahun perkahwinan yang ke 26. Senang aje nak kira ulangtahun sebab +1 umur anak yang sulung. Lamakan. Cu sungguh bersyukur atas semua nikmat dan rahmat yang Allah kurniakan kepada keluarga cu.
Kek ulangtahun ini anak-anak beli kat Secret Resepi, Chocolate Moist. Haha Sambutnya pada pukul 11.30 malam, 9 Februari 2012 sebab suami ada dinner dengan delegates dari luar negara di Sepang GoldCoast.(betul ke ejaan ini).
Tahun ini tak ada hadiah untuk suami cuma cu masak makanan kegemarannya iaitu agar-agar koktail. Cu baru cuba resepi ini dari myresepi.com. Terima kasih kepada pemberi resepi ini. Suami puji sedap agar-agar koktail tu. Lepas ini plan nak buat untuk majlis pertunangan anak pulak.
Seperti biasa anak-anak beli hadiah juga. Hadiah paling best frame gambar yang boleh letak gambar kami sekeluarga dan sepasang cawan.
Terima kasih anak-anak ku.
No comments:
Post a Comment