Hari ini merupakan hari lahir cu. Oleh kerana tahu pada pukul 12.00 malam akan ada sms masuk, cu pun silent telepon bimbit. Cu baru nak terlena telepon berbunyi (silent tapi telinga cu masih boleh dengar haha), anak cu di Kuantan telepon mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Anak-anak cu yang lagi 5 ada di rumah. Dalam pukul 2.00 pagi telah ada 2 sms iaitu dari anak saudara dan kakak kesayangan cu.
Pada pukul 5.00 pagi hubby pulak mengucapkan 'Selamat Hari Lahir'. Ucapan yang ini mestilah special. Cu dah pesan pada anak-anak jangan beli hadiah beg tangan dan barang perhiasan untuk hadiah hari lahir sebab dah banyak. Oleh kerana mereka tahu maknya suka membaca, mereka membeli sebuah buku bertajuk 'Kembara Tetamu Allah'. Seronok cu terima buku tersebut.
Anak yang bongsu mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' sebelum ke sekolah. Ucapan yang paling bermakna dari anak lelaki cu sebab dia siap bersalam dengan cu. Terharu pun ada. Anak-anak lain mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' melalui facebook siap dengan lagu.
Ramai kawan-kawan cu wish cu melalui facebook dan sms. Terima kasih semua kawan-kawan cu yang sentiasa mengingati cu.
Hari ini cu masak nasi ayam untuk makan tengahari dan puding koktail untuk minum petang. Pada malam nanti anak cu yang sulung nak belanja makan di Restoran Beriani Gam Johor berdekatan dengan rumah. Anak sulung cu ini memang suka belanja kami sekeluarga semoga Allah sentiasa memperluaskan rezeki nya.
Cu mendapat hadiah cokelat yang bertulis 'Happy Birthday Mom' dari anak sulung dan baju sutera kraftan pendek dari hubby yang boleh dipakai dengan seluar atau kain. Memang cantik baju tersebut. Hubby cu ini memang pandai beli kain dan baju yang cantik untuk isteri dan anak-anaknya. Terima kasih suamiku.
Cu bersyukur kepada Allah di atas semua nikmat yang telah diberi kepada cu dan keluarga. Walaupun sudah tidak bekerja lagi tetapi rezeki dari Allah sentiasa ada. Malah hati lebih tenang sekarang. Terima kasih Allah. Ya Allah hamba mu ini memohon untuk menjadi seorang hambamu yang solehah, seorang yang isteri yang solehah dan seorang ibu yang solehah. Sihatlah tubuh badan hambamu ini. Amin

No comments:
Post a Comment