Language

Monday, April 30, 2012

Gerai Jualan

Pada Jumaat lepas, cu buka gerai jualan sempena AGM Aeronita di Rooftop Tempat Letak Kereta Blok C, KLIA. Cu jual set bersalin, baju kanak-kanak, kerongsang, barut bayi dan kain ela. Banyak juga gerai jualan yang menjual makanan, tudung,baju, tupperware dan lain-lain.

Cu berada di situ dari pukul 9.00 pagi hingga pukul 5.30 petang. Alhamduillah rezeki pada hari itu. Jualan yang paling laris adalah baju Tshirt Walt Disney.



   
Cu jual Tshirt ini sepasang RM30.00. Ramai yang berminat Tshirt ini sehingga cu kena ambil stok lagi minggu ini. Terima kasih Allah. Hamba mu ini sungguh bersyukur. Amin   

Tuesday, April 24, 2012

Terima Kasih TNB Careline

Semalam semasa sedang memasak dalam pukul 10.00 pagi dan 4.30 petang, tiada bekalan elektrik di rumah cu  3 buah rumah yang sama dengan deretan rumah cu tiada bekalan elektrik. cu pun menelepon 15454 TNB Careline. Tidak sampai 10 minit, mereka telah berada di rumah cu. Dan dengan pantas mereka telah dapat mengembalikan bekalan elektrik yang berpunca dari terputus sambungan wayar elektrik di tiang elektrik. Terima kasih TNB Careline.

Walaupun telah bersara dari TNB,cu masih merasa bangga dan seronok kerana pernah menjadi wargakerja TNB.      

Sunday, April 15, 2012

Tempat Menarik Di Bandung

Selain dari membeli-belah di Bandung, cu melawat juga tempat-tempat menarik di Bandung. Salah satu daripadanya ialah Taman Safari di Puncak. Haiwan-haiwan di sini tidak dikurung seperti di Zoo. Haiwan-haiwan ini dibiarkan berkeliaran di jalan kecuali setengah haiwan seperti Orang Hutan. Pak Supir akan memandu kereta di dalam Taman ini. Memang Best tempat ini. Sepanjang perjalanan ke Puncak cu di kelilingi sawah padi dan kebun teh. Permandangan memang indah dan udaranya pun segar. Memang cantik ciptaan Allah yang belum lagi mengalami kerosakan manusia. Perjalanan ke Puncak adalah satu hari kerana dari Bandung ke Puncak mengambil masa 2 jam.


Cu juga pergi melawat Kawah Putih tetapi tak dapat masuk ke dalam sebab ketika itu hujan lebat. Kawah putih ini macam Cameron Highland. Sepanjang perjalanan cu nampak kereta kuda yang merupakan pengangkutan bagi penduduk di kawasan ini. Di kiri kanan jalan, terdapat kebun sayuran dan ladang strawberry. Sayur-sayur di sini sungguh gemuk dan segar. Maklumlah tanah gunung berapi. Berdekatan dengan Kawah Putih ada Ladang Teh dan air terjun.      


Takuban Perahu merupakan satu lagi tempat menarik tetapi cu tak pergi melawat atas sebab-sebab yang tertentu. Takuban Perahu adalah gunung berapi yang masih aktif.

Bila dah ada di Bandung, mesti pergi spanya. Lepas membeli-belah, rehatkan badan dengan urutan badan dan muka. Memang best.  

Lagi satu ole-ole dari Bandung yang mesti di bawa pulang ialah Pisang Bollen dan Brownies Kartika Sari.

Saturday, April 14, 2012

Breakfast, Lunch, Dinner - Bandung

Tajuk dalam Bahasa Inggeris, senang kot. Kalau Bahasa Melayu nanti panjang sangat.Tak pa sekali-kala guna Bahasa Inggeris.

Hari ini  cu nak cerita pasal restoran di Bandung. Cu tidak ada masalah untuk sarapan pagi sebab hotel yang cu menginapi ada disediakan sarapan. Menu sarapan pagi adalah :

  • Nasi Uduk (nasi lemak),
  • Mee goreng,
  • Bihun Goreng,
  • Roti Bakar bersama jam dan butter,
  • Ayam goreng,
  • Air Teh,
  • Air Kopi
Pada hari kedua di Bandung,cu dan kawan-kawan  makan tengahari di sebuah Restoran Masakan Sunda dalam perjalanan balik dari Puncak. Memang best makanan sunda ini dan seperti biasa minun air juice Avacado.  Restoran makanan Sunda boleh juga di dapati di Bandung, minta Pak Supirtolong bawakan.

 
Lagi satu Restoran yang best adalah di Kampun Daun.Restoran ini di atas bukit dan di keliling dengan pokok-pokok hijau.Malah terdapat air terjun.Kalau nak ambil gambar pemandangan yang cantik kota Bandung,di sinilah tempat nya. di bawah akan nampak sawah padi yang menghijau.Memang cantikciptaan Allah, Subhanallah.


    

Restoran banyak boleh didapati di Factory Outlet tapi kena hati-hati bab halal ini. Ada satu malam Pak Suzi membawa cu dan kawan-kawan makan murtabak.  Murtabaknya memang sedap sampai keesokkan hari pun beli lagi. Malah ada kawan cu nak beli dan bawa balik ke Malaysia. Sabar ajelah. 

Thursday, April 12, 2012

Shopping Di Bandung

Cu minta maaf kerana lambat update pasal ini. Faham-fahamlah bila dah jadi suri rumah sepenuh ini, banyak kerja yang perlu diuruskan.


Petang lepas cek in hotel, cu dan kawan-kawan di bawa ke Pasar Baru. Pasar Baru ini kalau tak silap 7 tingkat. (bahasa Indonesia Aras). Tingkat yang paling atas sekali  ada masjid dan tempat makan pulak di tingkat 6. Cubalah makan Ayam Peyek, memang sedap. Segala-galanya ada di Pasar Baru ini dari pakaian bayi, kasut, kain ela dan cotton, telengkung, baju muslimah, baju kerja dan lain-lain lagi. Kalau membeli tawar terlebih dulu, cuba tawar serendah yang boleh dulu.

Cu nasihatkan supaya merancang barang-barang yang ingin dibeli. Sebabnya di situ banyak kedai dan memang rambang mata. Lagi satu tips jangan bawa beg tangan, bawa purse aje. Cu selalu bawa backpack dan purse kalau pergi melancong.


Pada waktu malamnya, cu pergi ke Toko Tiga. Di sini ada jual Jeans and T-Shirt yang berjenama. Cu suka membeli-belah di sini sebab murah dan apabila beli 5 helai ada lagi diskaun. Cu borong baju suami dan anak-anak di sini.


Lagi satu kedai yang best adalah Rumah Mode. Ini merupakan Factory Outlet. Tempatnya besar dan kadang-kadang rasa berada di luar negeri. Kawasan Rumah Mode ini ada Surau, Restoran, Tempat Permainan Kanak-kanak dan Tempat Bersantai apabila penat membeli-belah atau menunggu kawan yang tengah asik membeli haha.

Terdapat banyak Factory Outlet di Jalan Riau dan Setiabudi. Cu suka membeli di Factory Outlet di bawah:


      
Lagi satu tempat membeli beg tangan yang paling istimewa ialah Elizabeth. Minta Pak Supir bawa ke kedai Elizabeth yang besar tapi pergi sebelah pagi ya. Jangan pergi sebelah malam ya. Kedai ini bukan hanya menjual beg tangan tetapi ada juga pakaian dan kasut. Beg tangan yang dijual memang murah. Cu borong 3 beg tangan dan 2 beg notebook.
       

Setiap kedai yang cu pergi, ada penduduk tempatan yang akan menjual barangan di luar kedai. Jadi jangan terkejut ya. Banyak perkara yang akan menjadi kejutan bagi yang pertama kali pergi di Bandung.

Sunday, April 8, 2012

Bandung

Kali ini cu nak cerita pasal percutian cu di Bandung,Indonesia pada tahun lepas. Ini di atas permintaan kawan karib cu yang akan ke Bandung tidak lama lagi. Beliau ingin tahu di mana yang best shopping.

Cu bercuti ke Bandung pada bulan Februari 2011 bersama kawan-kawan pejabat dan 2 orang kakak cu. Kami semua 11orang dan semuanya wanita, macam rombongan Cik Kiahlah pulak. Kami bertolak dari LCCT pada waktu pagi dan sampai di Bandung pada waktu tengahari. Ini adalah kali pertama saya menjejak kaki di Indonesia. Kakak-kakak saya pernah datang kesini iaitu 20 tahun dulu.


Supir kami,Pak suzi (boleh add suzi van java di Facebook) telah pun menunggu kami dengan van yang boleh memuatkan 11 orang.  Masing-masing kelaparan lalu pak suzi membawa kami makan di restoran nasi padang.



Pelayan restoran akan menghidang semua jenis lauk di atas meja. Jadi janganlah terkejut ya. Pelayan akan mengira lauk yang dimakan aje. Nasihat cu bila di bandung,minumlah avacado cokelat, sedap. Dekat sini minuman avacado murah malah pokok-pokok avacado boleh di lihat sepanjang jalan ke puncak. Makanan padang yang paling cu suka adalah cili berladanya dan pucuk ubi.

Setelah selesai makan, Paksuzi membawa kami ke tempat penginapan kami iaitu Orange Homes, http://www.orangehomesbandung.com



Cu suka penginapan ini sebab cantik dan mesra alam walaupun tempat ini terletak di pertengahan rumah-rumah penduduk bandung. Penginapan ini pun menyediakan sarapan pagi.Cuba makan nasi unduk nya,wah memang sedap.Kalau kat tanahair boleh di katakan nasi lemak  

Nanti cu sambung pulak pasal gedung membeli-belah ya. selamat malam.

   

Friday, April 6, 2012

Mee Bandung

Semalam cu memasak mee bandung untuk minum petang. Kali ini cu masak mee bandung dengan menggunakan pes mee bandung Pak Ngah, bukan resepi cu sendiri.

Senang aje memasaknya. Mula-mula masak air sehingga mendidih. Kemudian masukkan pes mee bandung dan kacau sehingga sebati. Masukkan daging atau ayam atau fishball. Bila dah mendidih sekali lagi baru masuk sawi dan telur. Mudah dan senang. Bolehlah jamu pada tetamu-tetamu.

Kalau sesiapa nak pes ini boleh lah hubungi cu. Harganya pun murah iaitu RM 8.50 untuk di jamu kepada 7- 8 orang tetamu.

   

Tuesday, April 3, 2012

SPM 2011

Pada tanggal 21 Mac 2012 adalah hari debaran bagi anak cu yang kelima. Tarikh tersebut adalah tarikh keramat, keputusan SPM  2011 akan di umumkan. Sebelum itu anak cu dah bermimpi  dapat 4A, 3B, 2C dan 1D. Risau betul dia, kesian cu tengokkan. Sebagai seorang Ibu ,cu berdoa agar dia akan mendapat keputusan yang terbaik yang membolehkannya melanjutkan pelajaran di Universiti.

Hari yang di nantikan pun tiba. Suami cu mengambil cuti selama 2 hari. Kami bertolak pada pukul 4.30 pagi kerana perjalanan ke Sekolah Menengah Teknik Dungun,Kuala Terengganu mengambil masa selama 6 jam. Cu bawa bekalan roti dan biskut. Alhamduillah kereta pun tidak banyak dan kami berhenti di R&R Temerloh untuk solat Subuh dan sarapan pagi.

Cu sampai di Dungun pada pukul 10.15 pagi. Pihak sekolah mengadakan majlis kecil mengumumkan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan terbaik SPM. Pada pukul 11.30, barulah keputusan SPM diberi kepada pelajar-pelajar.



Alhamduillah keputusan anak adalah terbaik dari kakak dan abangnya. Lepas itu cu singgah sebentar di Dungun untuk makan tengahari dan membeli-belah keropok lekor Sura yang paling popular di Dungun.  

Pada pukul 3.30 petang, cu bertolak ke Kuantan untuk bermalam di Hotel Zenith, hotel baru di bandar Kuantan.

Majlis Pertunangan.

Cu dah lama tak berkarya  di blog ini. Maklumlah  idea berkarya terbantu disebabkan keletihan dengan persiapan majlis pertunangan anak sulung cu. Nasib baiklah bab hantaran dah diserahkan pada anak saudara untuk gubah, Kerja cu hanya kemas rumah dan memasak untuk adik-beradik yang datang menolong.

Majlis tersebut telah diadakan pada 10 March 2012 iaitu Sabtu pertama cuti sekolah. Pada hari tersebut cu ada 2 jemputan kenduri kahwin iaitu satu di Subang Jaya, anak Jemaah Haji KT08 dan satu lagi di Kajang, kawan pejabat TNB (selamat pengantin baru Jas bersama pasangannya).

Pada malam Sabtu adik-beradik cu dan suami datang menolong membuat persiapan yang terakhir. Cu masak mee bandung dan spagethi aje. (masakan yang mudah untuk di masak) Tapi pada malam itu cu dan kakak ipar memasak rendang dinding dan goreng ayam (nak  masak ayam masak susu esok paginya). Kakak cu pulak tolong menyiapkan tepak sirih. Seronok rasanya berkumpul adik beradik.

Pagi-pagi Sabtu lagi dah bangun, kena sediakan ayam golek untuk hantaran. Cu dah lama tak buat ayam golek resepi arwah mak. Nasib baik menjadi juga ayam golek cu. Kakak ipar di Subang Jaya tolong masakkan pulut.

Majlis bermula pada pukul 3.00 petang. Alhamduillah majlis berjalan lancar.Terima kasih kepada tetamu-tetamu yang hadir terutama sekali Lily, Kak Azie, Kak Tun, Kak Siti dan rakan sebilik haji, Aishah dan Zon.     


Mini pelamin ini adalah hasil kerja tangan anak saudara. Terima kasih ya Nor. Semua orang kata cantik.  Barang-barag tekan adalah kepunyaan arwah mak yang akan dikongsi oleh kami 7 beradik. Ya Allah.cucurilah rahmat keatas ibubapa hambamu ini, tempatkanlah mereka didalam golongan hambamu yang soleh dan solehah. 
Powered By Blogger