Language

Sunday, June 24, 2012

Menghantar Anak Lagi

Pada 2 minggu lepas cu menghantar anak lelaki cu belajar di UTHM. Minggu ini pulak cu menghantar anak perempuan cu ke UIAM Kuantan pulak. Ini merupakan semesternya yang terakhir.Insyallah pada bulan Oktober ini dia akan mendapat segulung ijazah. Tak lama lagi insyallah akan mula bekerja, kurang satu beban tanggungan untuk cu.

Pada kali ini suami suruh book Hotel Zenith. Oleh kerana dah jadi pesara, cu pun mendapat harga bilik hotel murah dengan menggunakan kad pesara, alhamduillah. Sekarang kena biasa bayar dengan secara tunai.

Pada kali ini anak-anak yang ikut sama cuma 2 orang. Kami memang bercadang  untuk berehat aje di Hotel, malas nak berjalan-jalan di Bandar Kuantan. Lagipun Hotel Zenith berdekatan dengan East Coast Mall.  Kedai makan pun berdekatan cuma perlu berjalan kaki aje.


Cu bertolak dari rumah pada pukul 9.00 pagi tetapi cu singgah di Bank Simpanan di bangunan PKNS, Shah Alam. Suami nak ambil duit pencen emaknya. Lepas tu terus hantar duit tersebut ke Petaling Jaya. Cu bertolak ke Kuantan dalm pukul 12.00 lebih.

Seperti biasa cu akan singgah di Petronas berdekatan UIAM Gombak untuk mengisi minyak dan anak-anak akan minta tuna sandwich Dunkin Donut sebagai bekalan. Cu cek in Hotel Zenith pada pukul 2.45 petang. Selepas masuk bilik, masing-msing dah rasa lapar, apa lagi cu dan keluarga berjalan kaki ke restoran berdekatan East Coast Mall.

Kemudian balik ke Hotel dan berehat. Anak-anak sibuk pulak nak mandi di kolam renang. Mereka semua dah besar dan boleh pergi sendiri mandi di kolam renang tanpa pengawasan.
   
Cu dan suami berehat di bilik aje dan pada pukul 6.00 petang baru turun ke kolam renang. Di tingkat 4 Hotel Zenith  ada Gym, Spa, Snooker dan kolam renang. cu apa lagi nak ke spa aje rehatkan minda dan badan. Memang best kai ini pergi ke Kuantan sebab cu dan suami berehat dari kerja rumah dan kerja pejabat.

Keesokan hari nya anak-anak pergi mandi di kolam renang lagi sementara cu pergi ke spa di East Coast Mall, urut kaki. Pada pukul 12.00, cu cek out dan makan tengahhari di restoran lain. Sebelum balik cu menghantar anak ke UIA. Ini merupakan semester terakhir anak cu di UIA Kuantan. Selepas ini cu jarang ke Kuantanlah kecuali untuk cuti-cuti Malaysia.      

Sunday, June 3, 2012

Univesiti Tun Hussein Onn


Pada 2 Jun 2012, cu sekeluarga pergi menghantar anak cu yang kelima ke Universiti Tun Hussein Onn di Parit Raja Johor. Untuk menjimatkan belanja, cu dan suami plan untuk membawa bekalan makanan tengah hari dan malam. Apa lagi kenalah bangun pagi-pagi untuk masak sarapan dan bekalan makanan. Memang selalu cu akan masak bekalan bila nak pergi bercuti. Maklumlahlah kami 8 orang semuanya. Kalau makan tengah hari mahulah RM 70 lebih.

Cu masak ayam masak susu, telor goreng, ikan goreng dan sayur timun. Cukuplah untuk satu hari. Anak-anak pun seronok macam pergi berkelah.



Cu bermalam di Hotel D'Impian Inn di Parit Raja, berdekatan dengan UTHM dalam15 minit perjalanan. Nasib baik masih ada bilik lagi semasa cu membuat tempahan. Bilik yang ada cuba Family Standard yang berharga RM 115 yang terdapat satu bilik,satu ruang tamu dan satu bilik air. Seperti biasa anak-anak kenalah tidur kat ruang tamu.


    
Anak cu yang ketiga memandu kereta sementara cu dan suami duduk di belakang. Adoi macam tuan dan puan pulak. Cu sampai di Parit Raja pada pukul 2.00 lebih ( keluar Tol Ayer Hitam). Suami bercadang kami terus ke Hotel aje dan makan tengahari di sana aje.


Hotel tersebut berdekatan dengan jalan besar ke Batu Pahat. Lokasi hotel berdekatan dengan KFC dan Maybank. Anak-anak bukan main suka, boleh jalan kaki ke KFC. Di depan hotel pulak ada Kedai Ais Blended, lagilah suka anak-anak. Banyak gerai-gerai dan restoran berdekatan dengan hotel, boleh berjalan kaki aje.


Pada sebelah petang cu dan anak keluar berjalan-jalan di kedai berdekatan dengan hotel. Kami makan cendol dan beli buah mangga. Murah juga jualan makanan di sini.  Parit Raja pun terkenal dengan jualan kerepek.  Cu bercadang nak ajak suami beli kerepek di bazaar kerepek.

Dalam pukul 6.00 petang cu sekeluarga berjalan ke UTHM (menengok tempat untuk pendaftaran anak pada esok paginya) dan ke Batu Pahat. Masa perjalanan dari Parit Raja ke Batu Pahat dalam setengah jam. Suami ajak singgah di Stesen Bas Batu Pahat untuk mengetahui bas express ke Kuala Lumpur.Banyak juga bas ke Kuala Lumpur iaitu Transional, JKKK dan lain-lain. Memang biasa bagi cu dan suami, bila tiba di tempat baru  kami  akan survey keadaan di sana.



Apabila sampai di hotel, anak-anak dah minta ice blended, apa lagi layan ajelah. Selepas makan malam, anak-anak keluar beli KFC pulak. Maklumlah anak-anak sedang membesar.

Kesesokan paginya, kami menghantar anak ke UTHM untuk pendaftaran. Masa pendaftaran sekejap aje dalam masa 1 jam. Cu siap beli bantal kekabu di gerai jualan UTHM. Tibalah masa untuk menghantar barang ke asrama. Semasa menunggu anak mengambil kunci bilik, cu jumpa dengan rakan TM. Rupanya dia pun menghantar anaknya sama. Bilik anak di tingkat 3, jenuh juga mengangkat barang.

Kami balik ke hotel kembali untuk cek-out. Sempat juga cu beli kerepek. Penjual kerepek itu orang Ipoh dan bersekolah di sekolah suami di Ipoh. Apalagi rancahlah pulak berbual sang suami dengan penjual kerepek.

Seperti biasa ibu mana yang tak bersedih apabila berjauhan dengan anak. Berlinang lagi air mata. 

             
Powered By Blogger