Language

Thursday, March 1, 2012

Gulai Kawah

Cu dan kawan-kawan buat temu-janji makan tengah-hari hari ini. Mula-mula bercadang nak makan di Restoran Ayam  Golek Pantai Dalam. Tetapi si Lan nak makan di Restoran Gulai Kawah, Pantai Dalam. Lama juga tak makan di situ.

Wah! Restoran Gulai Kawah dah besar dan ada bilik makan berhawa dingin. Oleh kerana cuaca tengah panas, kami duduk di bilik berhawa dingin.Cara susunan makanan pun dah canggih. Lauk-pauk diletakkan di sebelah tengah restoran sementara ulam-ulam, makanan percik dan bakar diletakkan di tepi dinding sebelah-menyebelah.

Menu cu adalah nasi separuh, ikan bakar, ulam, gulai lemak siput dan dalca. Memang sedap makanan di sini, mula-mula rambang mata juga nak pilih lauk. Kami sudah makan baru Si Lan and yang lain datang. Tapi seronok hari ini dapat berkumpul dan berbual-bual dengan kawan-kawan. Lepas ini datang rumah cu pulak ya selepas cuti sekolah. Tapi kena beritahu awal ya.

Terima kasih Diana, Lan, Rusli, Aza, Jas, Nurel dan Linda (salam perkenalan Linda)         

ICT Productivity Day

Hari ini cu dah buat temujanji dengan kawan-kawan di Menara TM untuk pergi ke ICT Productivity Day di Kelab Kilat TNB. Cu bercadang nak beli netbook HP untuk anak mengantikan notebooknya yang telah rosak. Pada pukul 10.30 cu sampai di Kelab Kilat selepas mengambil kawan-kawan di Menara TM.

Seperti biasa  semua orang kena register. Oleh kerana dah menjadi pesara, no pekerja pun dah tak aktif. Jadi kena tulis nama atas kertaslah dan alhamduillah dapat juga gift.

Niat nak jumpa kawan-kawan tercapai, malah jumpa juga pengguna cbpms Transmission, Generation dan TNBR. Cu seronok dapat berbual dengan ahli pasukan cbpms yang lama, En Amir.

Semua bertanya bagaimana rasa dah jadi pesara dan duduk rumah. Tulus ikhlas cu cakapkan memang seronok dan tenang rasa hati sekarang ini. Malah boleh beramal ibadat dengan tenang. Terima kasih Allah kerana telah mengabulkan permintaan hambamu ini semasa wukuf di Arafah. Hamba mu ini sungguh bersyukur kerana dapat menguruskan rumahtangga dan anak-anak dengan penuh ketenangan.

Netbook yang hendak dibeli dah habis. Nampak gayanya kena beli netbook kat Lowyat atau Digital Mall Petaling Jaya esok atau lusa..

      
Powered By Blogger