Language

Sunday, January 29, 2012

Sauna

Dah lama tak updateblog ini. Hari ini bangun pagi pening kepala lalu ambil keputusan tak pergi jogging sebaliknya bersauna aje hari ini. Dapat juga keluarkan peluh. Nasib baik memang ada sauna di rumah. Cu beli semasa tahun 2000 rasanya. Masa itu Magic Boo tengah buat sale akhir tahun.Harganya ketika tu RM 280, murahkan. Apalagi cu pun belilah. Sekarang harga saunatersebut RM 400 lebih.

Mula-mula plan nak buat business sauna di rumah untuk jiran-jiran di taman ini.Tetapi oleh sebab masih kerja lagi, hajat tak kesampaian. Mungkin sekarang boleh buat business kot sebab dah bersara.

Cu gunakan herba serbuk yang dibeli dari kawan yang memang ada salon  di Kuantan Parade. Kawan ini yang telah mengajar cu cara-cara penjagaan diri malah dapat sijil lagi. Boleh buka salon sendiri. Tengoklah nanti mungkin buka salon dirumah kot.

Selepas bersauna badan rasa sihat dan pening pun alhamduillah nak hilang. Tak boleh lama-lamakat blog ini nanti hura-hara kerja rumah cu.


Wednesday, January 11, 2012

Lotion Madinah

Alhamduillah dah dapat lotion Fatiha dari adik angkat pelajar universiti madinah semalam. Lotion ini telah diperkenalkan oleh pekerja minyak wangi di Madinah.

Pada mula-mulanya cu dan suami cuma nak tengok-tengok aje minyak wangi. Oleh kerana layanan pekerja tu memuaskan dan harga minyak wangi yang di tawarkan pun murah, kami pun borong sedozen minyak wangi yang berlainan jenama. Memang puas hati membeli di situ.

Dia tawarkan pulak lotion Fatiha pada cu dengan harga 30 riyal. Kegunaannya adalah pada muka. Lotion ini melembabkan muka macam krim pelembablah. Pada masa tu di Madinah  musim panas dan kulit rasa kering.

Nanti bolehlah tengok kulit muka cu lembab dan ceria selalu haha.( ceria sebab dah duduk rumah)


Tuesday, January 10, 2012

Jogging



Jadikan lah amalan ketika jogging kita menikmati keindahan alam yang Allah ciptakan. Kita akan sentiasa bersyukur di atas segala kejadian alam ini Sambil jogging tu berzikirlah, insyallah hati pun rasa tenang. Bila saja jogging teringat mengerjakan  tawaf dan saie di Masjidilharam.

Pagi ini merupakan pagi yang penuh rahmat. Dalam  perjalanan balik ke rumah, hujan renyai-renyai. Allah turun kan hujan, insyallah sejuk pagi ini. Gambar di atas cu ambil dari internet aje, bukan track yang selalu cu pergi.  

                 
    

Monday, January 9, 2012

Super Women

Memang jadi Super Women hari ini. Pagi lagi kena siap memasak sebab cu kena bawa anak jumpa doktor di Hospital Damansara Specialist.

 Sebelum pergi berdoa dulu  agar Allah permudahkan segala urusan hari ini. Alhamduillah masa yang di ambil untuk sampai ke sana cuma setengah jam aje, tiada traffic jam maklum lah hari ini ramai rakyat berkumpul di mahkamah Jalan Duta. Lagi satu kena bijak merancang  jalan untuk  ke sana haha tapi dengan petunjuk dari Allah jua.



Tengah hari pulak cu menghantar anak ke IOI Mall . Dah sampai di IOI, apa lagi jamu mata sekejap. Nasib baik tak membeli maklumlah dah pencen, budget kena jaga juga.



Sebelah petangnya pulak kena  ambil anak dari Hospital Serdang sebab hubby kemungkinan balik lambat. Kesian kat dia. Itulah salah satu sebab kenapa cu bersara awal. Sampai aje di rumah, masih ada kerja menanti iaitu siapkan makan malam, lipat kain dan sidai kain (harapnya dgn kerja-kerja rumah ini dapat turun lagi 4 kg).

Malamnya pulak anak suruh jahit seluarnya yang sudah koyak. Menjahitlah sambil menengok program Jemputan Umrah. Bila lihat Masjid Nabawi dan Masjidilharam,teringat musim haji 1432. Rindunmya dan sedih pun ada.Ya Allah,engkau jemputlah hamba mu ini  lagi ke sana. Amin.

Hari ini betul-betul penat, kepala pun dah pening. Lebih baik tidur. Selamat malam.


Thursday, January 5, 2012

Kraftangan


Dah seminggu tak update blog ini. Hari ini nak tunjuk hasil kraftangan cu seperti di bawah.


    



Harga nya RM 12, ada sesiapa nak beli. Tiap-tiap malam selepas solat isyak, cu habiskan masa 2 jam menyiapkan gelang ini. sambil tu mereka design baru. Malah ihsan pun tolong sama. Ini hasil kerja tangan ihsan, design dia sendiri.



Lepas ini plan nak buat beg galas dengan manik.tunggulah hasilnya nanti ya.                                    



                   
Powered By Blogger