Hari ini ada perjumpaan dengan kawan karib pada pukul 12.30 di tempat letak kereta perpustakaan Uniten berdekatan dengan mesin ATM. Cu keluar rumah pada pukul 12.15, memanglah terlambat dalam 10 minit. Kawan-kawan telah pun menunggu. Kami bercadang untuk makan di Alamanda, Restoran Manhattan Fish Market dan kali ini Kak T yang memandu. Last perjumpaan Kak Z yang memandu ke Bangi. Pemandu pelancong ke Alamanda kali ini adalah Kak Sz. Terror juga Kak Sz tunjukkan jalan pintas untuk ke Almanda.Sehingga malam ini,cu masih tak boleh ingat jalan pintas itu, mungkin juga sebab asik berbual aje di dalam kereta dengan Kak Z.
Best juga makan di restoran ikan tersebut (nak tulis panjang restoran panjang sangat ha ha). Maklumlah pertama kali cu makan di situ. Seperti biasa Kak Sz yang menerangkan menu yang sedap di makan. Baguslah Kak Sz ini,menu yang dicadang memang sedap. Thank Kak Sz. Berborak punya berborak sampai tinggal kami aje di restoran itu dan solat zuhur pun dekat pukul 3.15.Ya Allah, ampunkan hamba mu ini kerana melewatkan waktu solat.
Perjumpaan seterusnya pada tahun depan .Diharap Ad dapat join sama.