Language

Friday, December 30, 2011

Weng hari ini

Hari ini rasa weng sebab semua jadual kerja rumah tak jadi. Haha ingatkan tak akan guna perkataan "weng" di rumah, rupanya kena guna juga. Betul-betul weng hari ini.

Pagi ini siap sarapan ketiau goreng untuk suami pada pukul 6.30, lambat tu. Kesian pada anak sulung tak sempat bawa sarapan ke pejabat kerana dia keluar ke pejabat pada pukul 6.30 pagi. Tapi cu rasa seronok sebab dapat sarapan dgn suami.Selalunya masing-masing sibuk nak g kerja awal pagi untuk elakkan traffic jam terutama sekali cu tambahan lagi nak rebut parking kat -4 Menara TM.

Seperti biasa, rutin jogging masih dapat  dilaksanakan tapi lewat 15 mint dari jadual yang sepatutnya kerana menunggu suami pergi kerja dulu. Hari ini dapat 4 pusingan dan naik bukit 1 pusing, alhamduillah.

Di katakan weng sebab dapat kemas rumah bahagian tamu aje. Oleh kerana keletihan tidurlah pulak lepas solat zohor. Plan nak buat cup cakes (untuk business esok kat UKM) dan agar-agar buah semua tak jadi. Tapi alhamduillah dapat juga masak ayam masak kicap,ikan bilis goreng dgn petai, sayur kobis goreng  dan assam pedas untuk keluarga.





Untuk minuman petang , masak kuah durian cicah dgn roti (haha tak sempat buat roti jala,roti pun jadi).



Sebelah petang sempat juga bawa lattif g cuci lukanya di klinik dan ke pasar malam. Nasib baik sempat sambut hubby balik dari pejabat dan makanan malam pun ready atas meja. Memang marathon hari ini. Harapnya esok lebih teratur.

Ya Allah berilah kepada hambamu ini kemudahan dan ketenangan  di dalam mengurus rumahtangga ku ini. Amin.  
                                    

Thursday, December 29, 2011

Perjumpaan dengan kawan karib

Hari ini ada perjumpaan dengan kawan karib pada pukul 12.30 di tempat letak kereta perpustakaan Uniten berdekatan dengan mesin ATM. Cu keluar rumah pada pukul 12.15, memanglah terlambat dalam 10 minit. Kawan-kawan telah pun menunggu. Kami bercadang untuk makan di Alamanda, Restoran Manhattan Fish Market dan kali ini Kak T yang memandu. Last perjumpaan Kak Z yang memandu ke Bangi. Pemandu pelancong ke Alamanda kali ini adalah Kak Sz. Terror juga Kak Sz tunjukkan jalan pintas untuk ke Almanda.Sehingga malam ini,cu masih tak boleh ingat jalan pintas itu, mungkin juga sebab asik berbual aje di dalam kereta dengan Kak Z.

Best juga makan di restoran ikan tersebut (nak tulis panjang restoran panjang sangat ha ha). Maklumlah pertama kali cu makan di situ. Seperti biasa Kak Sz yang menerangkan menu yang sedap di makan. Baguslah Kak Sz ini,menu yang dicadang memang sedap. Thank Kak Sz. Berborak punya berborak sampai tinggal kami aje di restoran itu dan solat zuhur pun dekat pukul 3.15.Ya Allah, ampunkan hamba mu ini kerana melewatkan waktu solat.

Perjumpaan seterusnya pada tahun depan .Diharap Ad dapat join sama.                
                                  




Hari pertama persaraan

Alhamduillah akhirnya dapat juga mencapai impian untuk bersara pilihan. Pagi ini takpayah bangun awal seperti selalu (4.30 pagi). Bangun pagi 5.45 terus mandi dan solat subuh. Pukul 6.15 ligatlah buat sarapan nasi goreng express sebab hubby dan anak nak g kerja pukul 6.30. Tapi masih rasa lain juga sebab dah terbiasa bangun awal pergi kerja.... rupanya rindu juga nak drive pergi kerja. Tak pa ini baru hari pertama. Tengoklah nanti bila dah seminggu ada aktiviti lain di rumah.

Pagi ini dapatlah jogging 3 round dan naik bukit 1 round di padang permainan di depan rumah. Penat  juga naik bukit tersebut, mungkin sebab baru nak mula kot.Insyallah dalam masa seminggu dah biasa. Bagus juga jogging ini dapat berkenalan dengan rakan baru dari kaum yang berlainan.



Powered By Blogger