Pulau Redang adalah sebuah pulau peranginan di Negeri Terengganu. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau kapalterbang.
Cu kadang-kadang mengikut suami apabila dia ada kerja luar. Pada kali ini suami ajak teman dia ke Pulau Redang.
Kami menaiki kapalterbang Berjaya Air di Skypark Subang untuk ke Pulau Redang.
Tiket ke Pulau Redang boleh di tempah secara online di

- https://www.berjaya-air.com/ atau
- di kaunter berjaya air di kaunter Berjaya-Air di Skypark Subang.
Memandangkan kami akan menginap cuma satu malam aje, cu menempah penginapan di Hotel Redang Island Resort yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Pulau Redang.
Kami bertolak dari Subang pada pukul 10.10 pagi dan sampai di Pulau Redang pada pukul 11.20. Pickup dari Hotel Redang Island Resort telah siap menunggu untuk mengambil tetamu hotelnya.
Selepas cek in, kami dihantar dengan pickup ke bilik penginapan yang terletak 100m - 200m.
Inilah bilik kami yang dilengkapi dengan satu katil king, kipas angin dan air-con. Terdapat beranda di depan dan belakang bilik. Bolehlah kami bersantai sambil menghidu udara segar.
Hotel ini terletak di atas bukit dan pantai nya di bawah. Sesiapa yang hendak ke pantai, bolehlah guna track yang disedaikan. Pantainya kecil aje. Lebih baik ambil package snorkelling yang disedaikan di hotel ini.
Pada waktu petang baru kami keluar untuk makan di sebuah kedai makan di pulau ini dengan menggunakan pickup hotel. Kami memesan ikan tiga rasa, tomyam campur dan sayur kailan. Harganya pun taklah mahal dan ikan nya segar.
Tidak terdapat banyak kedai cenderhati di pulau ini tak seperti di Pulau Tioman. Mungkin banyak kedai-kedai tersebut di hotel-hotel yang terdapat di keliling Pulau Redang ini. Lepas makan kami balik ke hotel untuk berehat.
Esoknya kami makan sarapan di cafe hotel. Penginapan di hotel ini termasuk sarapan untuk 2 orang.
Lepas sarapan kami balik ke hotel untuk bersiap pergi spa. Terdapat spa di hotel ini tapi kena buat temujanji dulu. Spa ini berhampiran dengan kolam mandi hotel. Orang kampung di pulau ini yang mengurut, urut cara tradisional ya. Memang sedap dan terasa segar selepas berurut.
Pada pukul 11.00 pagi kami keluar untuk makan tengahari di restoran yang terkenal di sini. Aduh tak ingat pulak nama restoran itu. Restoran tersebut terletak di jalan menuju ke jeti. Di jeti ada juga kedai cenderhati kepunyaan orang kampung ini.
Lepas makan kami keliling pulau ini dengan menaiki motor orang kampung ini. Dah lama tak naik motor bersama suami. Di hujung pulau ini ada terdapat sebuah hotel 5 bintang yang mempunyai pantai yang cantik. Tapi hanya boleh dimasuki oleh tetamu hotel aje.

Pada pukul 1.00 tengahari kami cek out hotel dan terus ke lapangan terbang untuk balik ke Kuala Lumpur. Walaupun hanya semalam di pulau tersebut, dapat juga berehatkan badan dari kerja rumah. Lepas ini nak pergi ke pulau ini lagi , tinggal di hotel lain pulak dan ambil pakej percutian.