Language

Thursday, April 3, 2014

Takziah

Pada pagi Jumaat  28 Mac 2014, suami cu mendapat panggilan dari suami pengasuh mengatakan pengasuh anak cu telah meninggal dunia pada pukul 8.06 pagi. Cu pun menelepon anak-anak yang berada di Kangar, UTHM,Parit Raja dan Selangor.

Nama pengasuh ini Zaiton binti Abd Rahman, seorang pengasuh yang sangat baik. Dia telah menjaga anak-anak cu lima orang bermula dengan anak yang sulung berumur 1 tahun. Anak-anak kedua hingga anak kelima di hantar ketika berusia 2 bulan.Cu panggil dia Kak Tun, seorang yang penyayang dan menjadikan anak-anak cu seperti anak-anak sendiri.  

Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan berada di taman-taman syurga. Terima kasih Kak Tun kerana telah menjaga dan mendidik anak-anak cu dengan kasih sayang. Al-Fatihah.     

Saturday, March 29, 2014

Pulau Redang

Pulau Redang adalah sebuah pulau peranginan di Negeri Terengganu. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau kapalterbang.

Cu kadang-kadang mengikut suami apabila dia ada kerja luar. Pada kali ini suami ajak teman dia ke Pulau Redang.

Kami menaiki kapalterbang Berjaya Air di Skypark Subang untuk ke Pulau Redang.

Tiket ke Pulau Redang boleh di tempah secara online di

  • https://www.berjaya-air.com/ atau
  • di kaunter berjaya air di kaunter Berjaya-Air di Skypark Subang.

Memandangkan kami akan menginap cuma satu malam aje, cu menempah penginapan di Hotel Redang Island Resort yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Pulau Redang. 

Kami bertolak dari Subang pada pukul 10.10 pagi dan sampai di Pulau Redang pada pukul 11.20. Pickup dari Hotel Redang Island Resort telah siap menunggu untuk mengambil tetamu hotelnya. 




Selepas cek in, kami dihantar dengan pickup ke bilik penginapan yang terletak 100m - 200m.



Inilah bilik kami yang dilengkapi dengan satu katil king, kipas angin dan air-con. Terdapat beranda di depan dan belakang bilik. Bolehlah kami bersantai sambil menghidu udara segar.


Hotel ini terletak di atas bukit dan pantai nya di bawah. Sesiapa yang hendak ke pantai, bolehlah guna track yang disedaikan. Pantainya kecil aje. Lebih baik ambil package snorkelling yang disedaikan di hotel ini.

Pada waktu petang baru kami keluar untuk makan di sebuah kedai makan di pulau ini dengan menggunakan pickup hotel. Kami memesan ikan tiga rasa, tomyam campur dan sayur kailan. Harganya pun taklah mahal dan ikan nya segar.

Tidak terdapat banyak kedai cenderhati di pulau ini tak seperti di Pulau Tioman. Mungkin banyak kedai-kedai tersebut di hotel-hotel yang terdapat di keliling Pulau Redang ini. Lepas makan kami balik ke hotel untuk berehat.

Esoknya kami makan sarapan di cafe hotel. Penginapan di hotel ini termasuk sarapan untuk 2 orang.


Lepas sarapan kami balik ke hotel untuk bersiap pergi spa. Terdapat spa di hotel ini tapi kena buat temujanji dulu. Spa ini berhampiran dengan kolam mandi  hotel. Orang kampung di pulau ini yang mengurut, urut cara tradisional ya. Memang sedap dan terasa segar selepas berurut.




Pada pukul 11.00 pagi kami keluar untuk makan tengahari di restoran yang terkenal di sini. Aduh tak ingat pulak nama restoran itu. Restoran tersebut terletak di jalan menuju ke jeti. Di jeti ada juga kedai cenderhati kepunyaan orang kampung ini.

Lepas makan kami keliling pulau ini dengan menaiki motor orang kampung ini. Dah lama tak naik motor bersama suami. Di hujung pulau ini ada terdapat sebuah hotel 5 bintang yang mempunyai pantai yang cantik. Tapi hanya boleh dimasuki oleh tetamu hotel aje.


Pada pukul 1.00 tengahari kami cek out hotel dan terus ke lapangan terbang untuk balik ke Kuala Lumpur. Walaupun hanya semalam di pulau tersebut, dapat juga berehatkan badan dari kerja rumah. Lepas ini nak pergi ke pulau ini lagi , tinggal di hotel lain pulak dan ambil pakej percutian.   

Saturday, January 18, 2014

Buah Tangan Untuk Tetamu

Sekarang kena fiikir pulak buah tangan untuk para tetamu yang dewasa dan kanak-kanak. Sebelum itu kena buat budget seperti berikut:

  • Berapa orang tetamu (suami/isteri) yang akan hadir berdasarkan kad yang telah diedarkan,
  • Berapa orang kanak-kanak
  • Berapa orang di pihak lelaki 

Setelah berbincang dengan suami, kami bercadang untuk memberi buah kurma madinah dan kacang tumbuk pada para tetamu.



 Buah kurma boleh di beli di  mahnazfood, shah alam. Alamatnya:

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia

(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Batu Tiga,

Sec 26)
Tel: (603) 5191 7402 / 3

1300-800-134, +6012-3119124

Fax: (603) 5192 7404




Bekas atau botol.untuk meletakkan barangan ini boleh dibeli kedai-kedai borong di Kuala Lumpur seperti di tingkat 5 semua house , GM Chow Kit dan  di Selangor seperti di pasar lama PJ, GM Klang.

Buah tangan untuk kanak-kanak, cu beri mentos dan M&M yang diletakkan dalam beg uncang.


Pihak lelaki mendapati cenderhati yang special iaitu tupperware kecil yang diisikan dengan khurma dan biskut cokelat cookies. Semua ini dimasukkan di dalam beg khas



Powered By Blogger