Language

Thursday, September 26, 2013

Persiapan Perkahwinan Anak Sulung

Hari yang paling sibuk untuk cu. Sejak anak bertunang pada bulan April 2012, cu dah mula tanya dewan di Selangor dan di Putrajaya.

Bila difikirkan nak bawa doorgift dari rumah lebih baik sewa dewan berdekatan dengan rumah. Cu survey
2 Dewan iaitu
  • Dewan Gemilang D'Saji Kelana Jaya



  • Dewan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya











Akhirnya kami memilih Dewan di Komplek Haji Kelana Jaya. Terdapat 2 Dewan di Komplek ini iaitu Dewan  Utama (bahagian atas) dan Dewan Tiba (Ruang Lobi Kaunter Hotel Tahaa).  Oleh kerana, cuma ada kekosongan pada tarikh 15 Disember 2012, cu buat tempahan tarikh tersebut. Catering kena ambil dari Catering Tabung Haji. Ingat ya, tempahan dewan dan catering dibuat awal iaitu 1 tahun sebelum majlis. 

Pada masa itu, tempahan dewan dan catering adalah berasingan. Dewan diuruskan oleh Pengurusan Hotel Tahaa dan catering diuruskan oleh TH Global Services.

Hiasan dalaman seperti pelamin dan deco untuk meja pengantin kena ambil pakej luar. Seeloknya ambillah pakej yang pernah handle majlis di dewan tersebut kerana mereka tahu besar dewan tersebut. Boleh cari di Laman Web. Cu ambil Sekapur Sirih, pejabatnya pun dekat Kelana Jaya.

Bayaran tempahan dewan dan catering hendaklah dibuat sedikit dahulu menyatakan kita booking tarikh tersebut. Seminggu sebelum majlis, semua pembayaran hendaklah di selesaikan.

Pihak catering akan memberi senarai menu untuk majlis jadi boleh lah pilih nak set nasi beriani ke set nasi arab mandi ke, pilih ajelah, harganya tetap sama berdasar harga satu orang. Menu ini termasuk set meja pengantin. Pihak catering akan memanggil cu (boleh bawa 4 orang) untuk merasa menu yang dipilih sebulan sebelum majlis.

Ingat ya, Dewan Kompleks ditutup ketika musim haji. Satu cabaran dan keseronokan merancangkan majlis ini bersama suami dan anak-anak. Maklumlah baru pertama kali. Nasib baik juga cu dah bersara awal, banyaklah masa untuk ini. Alhamduillah Allah mudahkan semuanya. Amin
   

Monday, September 23, 2013

Percutian di Pulau Tioman


Pada bulan Mei 2006, cu dan suami bercuti sempena menyambut hari jadi cu di Pulau Tioman. Kami pergi mengikut Package Berjaya yang termasuk tambang kapalterbang dan penginapan 2 malam 3 hari di Berjaya Tioman Resort. Package termasuk 'welcome drink', 2 sarapan pagi dan 1 makan malam secara bufer dan 1 makan malam barbeque. Dalam package ini termasuk percuma snorkelling di pulau berdekatan dengan Resort.

Cuma makan tengahari saj tak termasuk. Tapi di luar resort ada sebuah Restoran Islam yang menjual makanan tengahari, harganya pun oklah. Cu berjalan kaki dengan suami ke sana, jauh nya dalam 600m kot.. .



Pulau Tioman adalah suatu tempat untuk merehatkan minda dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Kalau nak membeli-belah, di sini bukan tempat nya. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah 'diving', 'snorkelling' berenang, keliling pulau dengan menaiki motor atau berbasikal (jenuh juga kalau berbasikal sebab ada bukit yang tinggi)  dan yang paling cu suka spa


Cu dan suami naik Berjaya Air dari Subang Airport dan mengambil masa lebih kurang 55 minit. Di dalam kapalterbang di jamu dengan roti dan air mineral. Sampai aje di lapangan terbang Tioman, ada bus Berjaya sedang menunggu pelanggannya untuk di hantar ke Resort. Oleh kerana cu pergi bukan musim tenkujuh, ramailah pelancong luar negeri di sana. Kedai-kedai cenderahati pun banyak dibuka.

Kami mendapat bilik berdekatan dengan restoran dan kolam renang, mengadap taman. Biliknya memang cantik dan ada kelas. Rezeki cu dan suami, ada pertandingan larian dan pelepasan anak kura-kura ke laut, jadi banyaklah aktiviti kami di sini.

 
Selepas berehat sebentar, kami ke restoran mengambil welcome drink. Kami bercadang untuk berjalan kaki ke pekan Tioman.. Resort ini ada menyediakan shuttle untuk ke pekan, malah boleh sewa basikal atau motor juga. Boleh tahan juga kami berjalan dekat 2 km juga. Seronok juga berjalan kaki sambil tengok permandangan pulau dan keindahan laut. Sambil berjalan-jalan dapatlah beli cenderhati untuk anak-anak.

Penat juga berjalan kaki  dan akhirnya kami naik kereta sewa balik ke Resort. Petang kami mandi di kolam renang dan laut. Di tepi laut boleh juga tengok batu karang dan ikan.


Makan malam di Restoran Resort memang best. Haha  buffer katakan, apa lagi makan lah apa yang disaji. Lepas makan, kami berjalan-jalan sekeliling Resort.  

Keesokan harinya kami pergi snokelling iaitu di pulau yang berdekatan dengan resort. Tetapi kami sewa boat yang ada gelas untuk tengok batu karang dan ikan-ikan.

 Kalau bercuti di sini, bolehlah cuba spa. Sesiapa yang inginkan ketenangan dari kesibukan bandar, datanglah bercuti di sini.  



Powered By Blogger