Language

Thursday, April 3, 2014

Takziah

Pada pagi Jumaat  28 Mac 2014, suami cu mendapat panggilan dari suami pengasuh mengatakan pengasuh anak cu telah meninggal dunia pada pukul 8.06 pagi. Cu pun menelepon anak-anak yang berada di Kangar, UTHM,Parit Raja dan Selangor.

Nama pengasuh ini Zaiton binti Abd Rahman, seorang pengasuh yang sangat baik. Dia telah menjaga anak-anak cu lima orang bermula dengan anak yang sulung berumur 1 tahun. Anak-anak kedua hingga anak kelima di hantar ketika berusia 2 bulan.Cu panggil dia Kak Tun, seorang yang penyayang dan menjadikan anak-anak cu seperti anak-anak sendiri.  

Semoga ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan berada di taman-taman syurga. Terima kasih Kak Tun kerana telah menjaga dan mendidik anak-anak cu dengan kasih sayang. Al-Fatihah.     

Saturday, March 29, 2014

Pulau Redang

Pulau Redang adalah sebuah pulau peranginan di Negeri Terengganu. Kita boleh ke sana dengan menaiki feri atau kapalterbang.

Cu kadang-kadang mengikut suami apabila dia ada kerja luar. Pada kali ini suami ajak teman dia ke Pulau Redang.

Kami menaiki kapalterbang Berjaya Air di Skypark Subang untuk ke Pulau Redang.

Tiket ke Pulau Redang boleh di tempah secara online di

  • https://www.berjaya-air.com/ atau
  • di kaunter berjaya air di kaunter Berjaya-Air di Skypark Subang.

Memandangkan kami akan menginap cuma satu malam aje, cu menempah penginapan di Hotel Redang Island Resort yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Pulau Redang. 

Kami bertolak dari Subang pada pukul 10.10 pagi dan sampai di Pulau Redang pada pukul 11.20. Pickup dari Hotel Redang Island Resort telah siap menunggu untuk mengambil tetamu hotelnya. 




Selepas cek in, kami dihantar dengan pickup ke bilik penginapan yang terletak 100m - 200m.



Inilah bilik kami yang dilengkapi dengan satu katil king, kipas angin dan air-con. Terdapat beranda di depan dan belakang bilik. Bolehlah kami bersantai sambil menghidu udara segar.


Hotel ini terletak di atas bukit dan pantai nya di bawah. Sesiapa yang hendak ke pantai, bolehlah guna track yang disedaikan. Pantainya kecil aje. Lebih baik ambil package snorkelling yang disedaikan di hotel ini.

Pada waktu petang baru kami keluar untuk makan di sebuah kedai makan di pulau ini dengan menggunakan pickup hotel. Kami memesan ikan tiga rasa, tomyam campur dan sayur kailan. Harganya pun taklah mahal dan ikan nya segar.

Tidak terdapat banyak kedai cenderhati di pulau ini tak seperti di Pulau Tioman. Mungkin banyak kedai-kedai tersebut di hotel-hotel yang terdapat di keliling Pulau Redang ini. Lepas makan kami balik ke hotel untuk berehat.

Esoknya kami makan sarapan di cafe hotel. Penginapan di hotel ini termasuk sarapan untuk 2 orang.


Lepas sarapan kami balik ke hotel untuk bersiap pergi spa. Terdapat spa di hotel ini tapi kena buat temujanji dulu. Spa ini berhampiran dengan kolam mandi  hotel. Orang kampung di pulau ini yang mengurut, urut cara tradisional ya. Memang sedap dan terasa segar selepas berurut.




Pada pukul 11.00 pagi kami keluar untuk makan tengahari di restoran yang terkenal di sini. Aduh tak ingat pulak nama restoran itu. Restoran tersebut terletak di jalan menuju ke jeti. Di jeti ada juga kedai cenderhati kepunyaan orang kampung ini.

Lepas makan kami keliling pulau ini dengan menaiki motor orang kampung ini. Dah lama tak naik motor bersama suami. Di hujung pulau ini ada terdapat sebuah hotel 5 bintang yang mempunyai pantai yang cantik. Tapi hanya boleh dimasuki oleh tetamu hotel aje.


Pada pukul 1.00 tengahari kami cek out hotel dan terus ke lapangan terbang untuk balik ke Kuala Lumpur. Walaupun hanya semalam di pulau tersebut, dapat juga berehatkan badan dari kerja rumah. Lepas ini nak pergi ke pulau ini lagi , tinggal di hotel lain pulak dan ambil pakej percutian.   

Saturday, January 18, 2014

Buah Tangan Untuk Tetamu

Sekarang kena fiikir pulak buah tangan untuk para tetamu yang dewasa dan kanak-kanak. Sebelum itu kena buat budget seperti berikut:

  • Berapa orang tetamu (suami/isteri) yang akan hadir berdasarkan kad yang telah diedarkan,
  • Berapa orang kanak-kanak
  • Berapa orang di pihak lelaki 

Setelah berbincang dengan suami, kami bercadang untuk memberi buah kurma madinah dan kacang tumbuk pada para tetamu.



 Buah kurma boleh di beli di  mahnazfood, shah alam. Alamatnya:

No. 8 TP 7/5, Sime UEP Industrial Park, 40400, Shah Alam, Selangor, Malaysia

(Off Jalan Batu Lama, Behind Sekolah Menengah Teknik Shah Alam, Batu Tiga,

Sec 26)
Tel: (603) 5191 7402 / 3

1300-800-134, +6012-3119124

Fax: (603) 5192 7404




Bekas atau botol.untuk meletakkan barangan ini boleh dibeli kedai-kedai borong di Kuala Lumpur seperti di tingkat 5 semua house , GM Chow Kit dan  di Selangor seperti di pasar lama PJ, GM Klang.

Buah tangan untuk kanak-kanak, cu beri mentos dan M&M yang diletakkan dalam beg uncang.


Pihak lelaki mendapati cenderhati yang special iaitu tupperware kecil yang diisikan dengan khurma dan biskut cokelat cookies. Semua ini dimasukkan di dalam beg khas



Thursday, September 26, 2013

Persiapan Perkahwinan Anak Sulung

Hari yang paling sibuk untuk cu. Sejak anak bertunang pada bulan April 2012, cu dah mula tanya dewan di Selangor dan di Putrajaya.

Bila difikirkan nak bawa doorgift dari rumah lebih baik sewa dewan berdekatan dengan rumah. Cu survey
2 Dewan iaitu
  • Dewan Gemilang D'Saji Kelana Jaya



  • Dewan di Komplek Tabung Haji Kelana Jaya











Akhirnya kami memilih Dewan di Komplek Haji Kelana Jaya. Terdapat 2 Dewan di Komplek ini iaitu Dewan  Utama (bahagian atas) dan Dewan Tiba (Ruang Lobi Kaunter Hotel Tahaa).  Oleh kerana, cuma ada kekosongan pada tarikh 15 Disember 2012, cu buat tempahan tarikh tersebut. Catering kena ambil dari Catering Tabung Haji. Ingat ya, tempahan dewan dan catering dibuat awal iaitu 1 tahun sebelum majlis. 

Pada masa itu, tempahan dewan dan catering adalah berasingan. Dewan diuruskan oleh Pengurusan Hotel Tahaa dan catering diuruskan oleh TH Global Services.

Hiasan dalaman seperti pelamin dan deco untuk meja pengantin kena ambil pakej luar. Seeloknya ambillah pakej yang pernah handle majlis di dewan tersebut kerana mereka tahu besar dewan tersebut. Boleh cari di Laman Web. Cu ambil Sekapur Sirih, pejabatnya pun dekat Kelana Jaya.

Bayaran tempahan dewan dan catering hendaklah dibuat sedikit dahulu menyatakan kita booking tarikh tersebut. Seminggu sebelum majlis, semua pembayaran hendaklah di selesaikan.

Pihak catering akan memberi senarai menu untuk majlis jadi boleh lah pilih nak set nasi beriani ke set nasi arab mandi ke, pilih ajelah, harganya tetap sama berdasar harga satu orang. Menu ini termasuk set meja pengantin. Pihak catering akan memanggil cu (boleh bawa 4 orang) untuk merasa menu yang dipilih sebulan sebelum majlis.

Ingat ya, Dewan Kompleks ditutup ketika musim haji. Satu cabaran dan keseronokan merancangkan majlis ini bersama suami dan anak-anak. Maklumlah baru pertama kali. Nasib baik juga cu dah bersara awal, banyaklah masa untuk ini. Alhamduillah Allah mudahkan semuanya. Amin
   

Monday, September 23, 2013

Percutian di Pulau Tioman


Pada bulan Mei 2006, cu dan suami bercuti sempena menyambut hari jadi cu di Pulau Tioman. Kami pergi mengikut Package Berjaya yang termasuk tambang kapalterbang dan penginapan 2 malam 3 hari di Berjaya Tioman Resort. Package termasuk 'welcome drink', 2 sarapan pagi dan 1 makan malam secara bufer dan 1 makan malam barbeque. Dalam package ini termasuk percuma snorkelling di pulau berdekatan dengan Resort.

Cuma makan tengahari saj tak termasuk. Tapi di luar resort ada sebuah Restoran Islam yang menjual makanan tengahari, harganya pun oklah. Cu berjalan kaki dengan suami ke sana, jauh nya dalam 600m kot.. .



Pulau Tioman adalah suatu tempat untuk merehatkan minda dan melihat keindahan alam ciptaan Allah. Kalau nak membeli-belah, di sini bukan tempat nya. Aktiviti yang boleh dilakukan di sini adalah 'diving', 'snorkelling' berenang, keliling pulau dengan menaiki motor atau berbasikal (jenuh juga kalau berbasikal sebab ada bukit yang tinggi)  dan yang paling cu suka spa


Cu dan suami naik Berjaya Air dari Subang Airport dan mengambil masa lebih kurang 55 minit. Di dalam kapalterbang di jamu dengan roti dan air mineral. Sampai aje di lapangan terbang Tioman, ada bus Berjaya sedang menunggu pelanggannya untuk di hantar ke Resort. Oleh kerana cu pergi bukan musim tenkujuh, ramailah pelancong luar negeri di sana. Kedai-kedai cenderahati pun banyak dibuka.

Kami mendapat bilik berdekatan dengan restoran dan kolam renang, mengadap taman. Biliknya memang cantik dan ada kelas. Rezeki cu dan suami, ada pertandingan larian dan pelepasan anak kura-kura ke laut, jadi banyaklah aktiviti kami di sini.

 
Selepas berehat sebentar, kami ke restoran mengambil welcome drink. Kami bercadang untuk berjalan kaki ke pekan Tioman.. Resort ini ada menyediakan shuttle untuk ke pekan, malah boleh sewa basikal atau motor juga. Boleh tahan juga kami berjalan dekat 2 km juga. Seronok juga berjalan kaki sambil tengok permandangan pulau dan keindahan laut. Sambil berjalan-jalan dapatlah beli cenderhati untuk anak-anak.

Penat juga berjalan kaki  dan akhirnya kami naik kereta sewa balik ke Resort. Petang kami mandi di kolam renang dan laut. Di tepi laut boleh juga tengok batu karang dan ikan.


Makan malam di Restoran Resort memang best. Haha  buffer katakan, apa lagi makan lah apa yang disaji. Lepas makan, kami berjalan-jalan sekeliling Resort.  

Keesokan harinya kami pergi snokelling iaitu di pulau yang berdekatan dengan resort. Tetapi kami sewa boat yang ada gelas untuk tengok batu karang dan ikan-ikan.

 Kalau bercuti di sini, bolehlah cuba spa. Sesiapa yang inginkan ketenangan dari kesibukan bandar, datanglah bercuti di sini.  



Friday, July 27, 2012

Syukur Alhamduillah

Seperti biasa setiap akhir bulan, cu akan membuka kiosk di MAB. Setiap kali sebelum membuka kiosk, cu akan melaksana solat dhuha memohon kepada Allah memurahkan rezeki cu pada hari ini . Sesungguhnya Allah yang menentukan rezeki hamba-hambanya setiap hari. Allah sentiasa mendengar doa-doa hambanya. amin.

Pada kali ini cu menjual tikar evamatic pulak selain dari barang jualan biasa cu iaitu barut dan bedung bayi, tungku bayi, pakaian kanak-kanak, balsam dan tampal kaki toksin. Alhamduillah ramai yang order tikar evamatic yang kalis air dan sesuai untuk kegunaan di rumah.

Terdapat banyak corak tikar ini. Kalau sesiapa yang nak tengok corak yang ada, sila ke cu-sheqa.blogspot.com atau ke facebook cusheqa. Harganya cuma RM55 aje, kalau beli 2 tikar cu beri rm 100 (diskaun rm 10).

Kali ini cu pilih tempat jualan paling depan sekali memandangkan tempat biasa, ada jualan ayam golek. Suami kata nanti barang jualan berbau asap.

Alhamduillah rezeki pada hari ini lebih sikit dari biasa. Mungkin sebab orang tengah sibuk membeli-belah untuk Hari Raya. Gaun budak dan tikar yang paling laris. Balsam dan tampal kaki toksin pun habis dijual. Terima kasih Allah.

Bila balik aje dari jualan, anak-anak mesti tanya macam mana jualan hari ini. Mereka pun tahu ibunya cari duit dengan berniaga setelah bersara pilihan awal tahun ini. Bagi cu rezeki Allah yang beri .Insyallah ada rezeki untuk anak-anak walaupun tidak bekerja lagi. Lagipun hati cu rasa tenang sejak bersara ini. Alhamduillah. Amin  

  
   

Saturday, July 21, 2012

Ramadan Datang Lagi

Alhamduillah hari ini merupakan hari pertama umat Islam menjalani ibadat puasa.Semalam bermulalah solat sunat Tarawih. Cu dan keluarga bersolat di Masjid Bandar Kinrara. Seperti biasa pada hari pertama solat Tarawih, ramai umat islam memenuhi ruang masjid. Selepas solat Isyak, ada tazkirah, alhamduillah dapat menambah ilmu agama.

Banyak program ilmu di TV9 seperti Tanyalah Ustaz secara langsung dari Masjid Shah Alam. Jom sempena bulan yang mulia ini, kita banyakkan amal ibadat seperti menghadiri majlis ilmu, banyak solat sunat di malam hari, bersedekah dan mengaji Al-Quran. dan juga banyakkan berdoa meminta keampunan dari Allah.  Mungkinlah bulan Ramadan ini merupakan Ramadan yang terakhir. Sesungguhnya ajal kita hanya Allah yang tahu.



Powered By Blogger