Dah lama tak kemaskini blog ini, maklumlah sibuk dengan urusan anak-anak dan perniagaan cu.
Pada Jumaat lepas cu, suami dan anak sulung mengikut tunang anak ke Baling. Cu hendak cari tempat penginapan dan berkenalan dengan lebih dekat keluarga bakal bisan semasa majlis kenduri anak di Baling nanti. Kami bertolak selepas solat Isyak dan bermalam di rumah kakak cu di Ipoh memandangkan anak kakak cu tinggal seorang aje. Kakak cu sekelurga ke KL menghantar anaknya ke Kolej.
Kami bertolak ke Baling pada pukul 9.30 pagi selepas bersarapan nasi lemak. Perjalanan ke Baling mengambil masa 2.30 jam. Kami keluar dari tol Kuala Kangsar menuju ke Grik dan Pengkalan Hulu. Terdapat R&R Tasik Raban, Resort Tasik Raban dan Restoran Ikan Bakar terkenal.
Rumah bakal bisan di Kampung Bukit Ibok, tak payah masuk bandar Baling pun.Tapi kami terus ke bandar Baling kerana nak tengok tempat penginapan dulu iaitu Seri Baling Inn. Tempat penginapan ini atas bukit dan di kelilingi oleh pokok-pokok hijau. Kawasannya pun lapang dan sesuai untuk penginapan keluargan. Harga sebuah bilik pun berpatutan dari RM 100 - RM 200. Kalau nak buat 'family gathering' pun sesuai kerana terdapat padang dan restoran di Baling Inn ini boleh sediakan makanan.
Kami juga tengok lagi satu hotel iaitu Seri Bayu Hotel berdekatan dengan bandar Baling. Hotel ini memang cantik dan selesa.
Cu makan tengahari dan tidur semalam di rumah bakal bisan. Suasana di rumah tersebut sejuk kerana di keliling oleh pokok-pokok buah dan ulam-ulam. Memang seronok duduk kampung.
Pada waktu petang kami ke Baling Inn untuk booking bilik bagi bulan Disember ini. Kemudian jalan-jalan dan makan malam di bandar Baling (orang sini panggil pekan Baling bukan bandar). Cu sempat juga beli 2 jeans dan baju tshirt untuk anak-anak cu. Harga pakaian di sini murah sebab pakaian ini dari Thailand. Baling ini dah berdekatan dengan Betung, Thailand. Harga sehelai jean baru RM 19.90 dan baju tshirt berharga dalam RM12.90 - RM 20.00
Cu balik ke KL dengan menaiki bas Transional Baling - KL pada pukul 9.00 pagi. Seronoknya naik bas setelah sekian lama.